Monday, December 28, 2009

Tercari-cari Manisnya Iman??


Assalamu'alaikum..=D
Berikut adalah petikan daripada salah satu kitab Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah;

Manisnya iman dalam cinta kepada Allah dan Rasul-Nya

Tidak ada kebaikan dan kenikmatan di hati, selain dengan lebih mencintai Allah dan rasul-Nya dari selain keduanya. Juga menjadikan cintanya kepada selain Allah mengikuti cintanya kepada Allah SWT. Ia hanya mencintai Allah semata, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis sahih,

" Tiga hal, siapa yang memilikinya, maka ia akan merasakan manisnya iman, iaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya dari selain keduanya; orang yang mencintai seseorang hanya kerana Allah; dan orang yang benci kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah darinya, seperti bencinya ia jika dilempar ke neraka."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan bahawa seorang hamba tidak akan menemukan manisnya iman selain dengan menjadikan Allah lebih dicintai dari selain Dia, dan cintanya kepada Rasul-Nya merupakan sebahagian dari cinta kepada-Nya. Cinta kepada seseorang, jika kerana Allah juga merupakan sebahagian dari cinta kepada Allah SWT. Namun jika cintanya kerana selain Allah, maka cinta itu akan mengurangi dan melemahkan cintanya kepada Allah Ta'ala. Sedangkan yang membuktikan kejujuran cinta tersebut adalah membenci sesuatu yang dibenci oleh Sang Kekasih, iaitu kekafiran. Sama kedudukannya seperti dilempar ke neraka. "

Berikut adalah petikan dari buku 'Taman Para Pecinta'. Berdasarkan petikan di atas, jelas betapa pentingnya rasa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Tentu sahaja ramai yang tahu bahawa perasaan cinta merupakan fitrah dalam diri setiap manusia. Apa itu fitrah? Fitrah dari segi bahasa bermaksud semulajadi manakala dari segi istilah pula bermaksud sesuatu yang semulajadi, wujud dalam diri manusia mengikut apa yang terbaik untuk kepentingan manusia itu sendiri.

Allah SWT hanya menetapkan yang terbaik buat kita. Perasaan cinta sepatutnya membawa kebaikan pada kita. Antara perkara baik yang sepatutnya kita dapat dari salah satu fitrah kita iaitu perasaan cinta ialah mendahulukan rasa cinta kepada Allah lebih daripada rasa cinta kepada diri sendiri. Ibnu Qyyim memberi perumpamaan apabila seseorang disuruh memilih antara menjadi kafir atau dicampakkan ke dalam api, di mana ia akan memilih dicampakkan ke dalam api. Mengapa ia dikatakan sesuatu yang baik? Kerana perasaan cinta yang Allah SWT kurniakan sabagai fitrah manusia telah kita gunakan untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta kita. Segala yang kita lakukan semata-mata kerana Dia. Dengan itu, kita dapat menemui jalan yang benar yang dapat membawa kita kepada kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat

Sebaliknya pula apabila perasaan itu disalahgunakan. Dijadikannya alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Ada yang satu langkah ke hadapan untuk mendekatkan diri dengan zina termasuk zina hati. Rasa rindu,kasih dan sayang disalurkan kepada insan yang tidak halal baginya. Jika itulah yang dikatakan indah, bagaimana lagi hendak merasakan indah dan manisnya iman itu. Sesungguhnya dia telah menyekutukan rasa cintanya kepada Allah. Dalam bab yang sama, Ibnu Qayyim mengatakan bahawa siapa yang menyekutukan antara Allah SWT dan selainnya dalam soal cinta ini secara khusus, bererti ia adalah seorang musyrik, orang yang berbuat syirik, yang tidak diampuni oleh Allah. Apabila perasaan itu membawa keburukan kepada kita, maknanya ia bukan lagi dari fitrah kita kerana ia sudah lari dari konsep fitrah yang sepatutnya membawa kebaikan kepada kita. Sebaliknya ia datang dari hawa nafsu dan bisikan syaitan.


"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)." (QS Al-Isra', ayat 32)

Selain itu, ada juga yang cintanya kepada dunia melebihi segala-galanya. Sedangkan dunia ini hanyalah sementara dan sekadar permainan dan senda gurau.

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” (QS Al-Ankabut ayat 64)

"Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir."
(QS. al-Isra',ayat 18)

Kesimpulannya, cintailah Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya dan rasailah nikmatnya iman. :D

Thursday, December 24, 2009

Satu Langkah ke Hadapan

Assalamu'alaikum..=D

Lama benar saya tak update blog ini. Sejak abang saya balik,saya harus berebut untuk menggunakan kemudahan internet. Kalau dapat pun tak lama. Apa boleh buat, sabar sahaja.

Alhamdulillah, hari ini saya telah mendapat keputusannya. Terima kasih atas ucapan tahniah kalian walaupun saya tahu bahawa kalian menjangkakan yang lebih baik dari saya. Maaf sekiranya ada yang kecewa. Maaf juga sekiranya ada ucapan tahniah yang tidak sempat untuk saya balas. Walaubagaimanapun, saya tetap menghargainya,

Tahun baru bakal tiba. Awal muharam sudahpun berlalu. Sudah masanya untuk saya menanam azam yang baru dan meneruskan perjuangan yang masih belum berakhir. Saya akan memulakan sesi tahun hadapan dengan suasana yang baru. Harapan saya ialah semoga saya dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam suasana yang baru.

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
(Surah Al-Insyirah,ayat 6)

Ayat yang menghilangkan rasa kesal dan kecewa dalam diri saya. :)

Thursday, October 29, 2009

Mahabbah-Mu

Assalamu'alaikum..=D


Mahabbah-Mu,
Tidak mengira waktu
Saat ku tenggelam
Dalam lautan nikmat-Mu
Kau unjukkan peringatan
Bagaikan pelampung yang tiba
Saat ku hampir lemas.
Sungguh, kayanya Kau dengan rahmat

Mahabbah-Mu,
Pasti tiba
Saat jiwaku tandus dan gersang
Kau siramkan dengan cinta-Mu
Hingga bercambahnya ketenangan
Menghasilkan kawasan yang subur
Bertukar dari darul harab
Menjadi Darussalam.
Sungguh, indahnya rahmat-Mu

Mahabbah-Mu,
Tak kusangka
Saat dunia membelakangiku
Kau hadirkan mereka yang menyayangiku
Membimbingku ke jalan-Mu
Memberi tarbiyyah
Hingga lahirnya insan jadid
Yang lebih bermakna hidupnya.
Sungguh, rahmat-Mu berada di segenap tempat.

Mahabbah-Mu,
Hadir dalam setiap waktu
Bagaikan mengalir dalam darahku
Seakan tiba bersama
Dalam setiap helaan nafasku
Jangan pula Kau biarkan ia
Pergi bersama hembusan nafasku.
Sungguh, tak tersangkal warkah cinta-Mu

“Dan rahmatKu amat luas meliputi segenap sesuatu.” [Al-A'raf 156]

Sunday, October 25, 2009

Assalamu'alaikum =D

Alhamdulillah peperiksaan sudah pun berakhir. Sekarang masih lagi menunggu untuk keputusannya keluar. Semoga segala usaha membuah kepada hasil. Saya sangkakan selepas peperiksaan berakhir saya ada banyak waktu lapang tetapi sangkaan itu salah sama sekali kerana banyak program yang telah disediakan buat kami. Antaranya ialah jualan amal atau "charity sale" dan lawatan ke rumah anak yatim. Terima kasih buat pihak yang menyediakan aktiviti yang berfaedah buat kami.

Sebelum peperiksaan bermula, ustaz minta kalau boleh selepas habis sahaja imtihan habiskan hafal dan tasmi' juz yang sedang dihafal sebelum cuti bermula. Saya pun bersemangat untuk menghabiskannya. Tetapi sampai sekarang saya tak tasmi' lagi dengan ustaz walaupun satu muka surat. Sungguh mengecewakan. Harap saya boleh mencuri masa untuk bertemu dengan ustaz untuk memperdengarkan hafalan saya. Siapa-siapa yang mempunyai tips untuk memudahkan dan menguatkan hafazan, harap boleh kongsi di sini.

Sekarang ini, masih sibuk menguruskan program yang akan datang iaitu lawatan 3 hari 2 malam ke Melaka dan menjadi fasilitator untuk pelajar tahun 6. Juga berusaha untuk menghabiskan membaca buku-buku yang tertangguh bacaannya.

Terasa ganjil untuk menyusun kata-kata setelah lama tidak meninggalkan sesuatu di blog sehinggakan ayat pun berterabuh dan masih belum bersedia untuk membincangkan isu yang serius.

Friday, August 7, 2009

superheroes vs supervillains

Assalamu'alaikum..

Apabila disebut perkataan 'superhero' dan 'supervillain', pasti akan terlintas di fikiran cerita-cerita fiksyen terutamanya dari Hollywood. Sebut saja superman, spiderman, dan macam-macam jenis man lagi :p. Tema yang sering diterapkan ialah sang penjahat ataupun supervillain ingin menakhluki dunia dan sang wira ataupun superhero pula akan datang untuk menyelamatkan dunia.

Sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa kisah tersebut bukan hanya ada pada cerita-cerita fiksyen tetapi turut wujud dalam dunia sebenar. Mungkin ramai yang sedar tentang penjahat-penjahat yang melakukan jenayah-jenayah yang kejam. Tapi tidak ramai yang tahu ataupun tidak ambil tahu tentang wujudnya kuasa jahat yang ingin menakhluki dunia. Ianya kedengaran fiksyen tapi itulah hakikatnya.

Sebenarnya saya ingin membincangkan tentang isu-isu semasa berkaitan dengan komuniti Islam. Sebelum itu, saya selitkan antara contoh peristiwa yang sedang berlaku yang mendapat perhatian saya dan mungkin juga orang ramai.

Selatan Thai
Semua pasti ingat tragedi di mana 11 orang ditembak mati sewaktu menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan (Sg Golok). Banyak lagi tragedi seperti itu. Antaranya;
Seorang mudir sebuah sekolah agama di kampung Ai Saktia, Bukit, Narathiwat ditembak mati di depan rumah kedai miliknya. Sebelum kejadian tersebut, beliau pernah ditahan selama dua bulan di penjara Bangkok kerana disyaki memimpin Jemaah Islamiah (JI) dan Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (PULO).
Ramai lagi mangsa-mangsa yang telah ditawan, didera dan dibunuh di selatan Thai yang kebanyakannya golongan imam, mudir dan guru-guru agama. Alasan pihak yang bertanggungjawab atas kejadian-kejadian tersebut adalah kerana individu-individu yang kuat agama itu adalah pengganas dan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak Islam didakwa bertujuan untuk menghasut orang ramai untuk membelakangi kerajaan.

Mesir
Untuk kisah di Mesir, saya link kan ke entry dari akhi farid
klik di sini

Singapura
Ini kisah yang dibaca dalam sebuah buku yang bertajuk "Memeluk Gerhana". Walaupun latar masa yang jauh ke belakang, tetapi masih dapat dikaitkan dengan keadaan sekarang. Meskipun bukan berbentuk fakta, tetapi menunjukkan situasi sebenar pada zaman tersebut. Seorang pemuda yang mengikuti kumpulan usrah ditangkap oleh pihak polis bersama ahli-ahli yang lain, diseksa dan dipastikan bahawa mangsa mempunyai masa depan yang gelap. Alasannya, risau akan timbulnya pihak yang akan bangkit menentang pemimpin yang sedang berkuasa atau pihak kerajaan.


Itu adalah antara kisah yang saya ketahui. Banyak lagi kisah penganiyaan orang Islam yang kalian sendiri pasti tahu. Persoalan yang saya ingin timbulkan ialah mengapa ianya bisah terjadi. Adakah kerana terlalu banyak kumpulan pengganas yang giat beroperasi sehingga terjejasnya keselamatan awam. Pernah seseorang berkata kepada saya berkenaan dengan tragedi berdarah di Selatan Thai, "Agak-agaknya kalau ramai muslimin yang memenuhi Masjid Al-Furqan, boleh atau tidak terjadinya tregedi itu? Mana tidaknya orang boleh menembak dengan suka hati apabila hanya beberapa orang yang berada di dalam masjid tersebut.". Ingin saya selitkan perbandingan daripada Al-Farabi dalam kitabnya Al-Madina al-fadila (Bandaraya yang baik). Sebagai perbandingan, Al-Farabi memberi empat jenis bandaraya yang berbeza-beza :

- bandaraya jahil = warganya mengejar sifat-sifat baik di dalam sesuatu dan padanya tidak ada pembohongan.

- bandaraya cabul = warganya tahu di mana ada kebaikan tetapi tidak melakukannya.

- bandaraya sesat = warganya sudah keruntuhan daripada kebaikan-kebaikan yang ada padanya dahulu.

- bandaraya rosak = mempunyai para guru yang palsu dan warganya mengejar ilmu-ilmu yang palsu.
(Mahdi, 1963)

Mari kita nilai dalam kategori manakah terletaknya kita.

Apa kaitannya semua ini dengan superhero dan supervillain?
Mudah sahaja. Mari kita berkenalan dengan watak supervillain. Kita semua, umat manusia sedunia sedang berada di bawah sebuah kuasa jahat iaitu yahudi dan nasrani yang sememangnya musuh Islam nombor satu. Penakhlukan kuasa yang mereka impikan selama ini merupakan satu rancangan yang hampir berjaya. Bagaimana kita ingin menyekat perkara ini daripada berlaku. Strategi yang mereka gunakan tersusun dengan baik sekali. Kita bukan bercakap tentang perancangan selama 30 40 tahun tetapi sebuah perancangan sejak beratus-ratus tahun lagi. Firman Allah swt,

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. 2:120)

Justeru, mereka telah menyusun langkah mengatur stratergi untuk membawa manusia mengikuti agama mereka. Lihat sahaja, peningkatan kes murtad di negara kita amat membimbangkan. Tidak lupa juga golongan Islam yang hanya pada nama sahaja. Sesetengah pemimpin Islam juga ada yang anti-Islam dan menganggap bahawa gaya hidup Islam itu kolot. Nah, inilah stratergi mereka. Untuk mengajak kita sedikit demi sedikit ke arah kesesatan dengan menerapkan gaya hidup mereka secara perlahan-lahan dalam diri kita. Sepertinya mereka menyuntik racun ke dalam diri kita. Mereka sapukan dahulu sejenis bahan kimia supaya kita tidak merasakan apa-apa sewaktu disuntik. Membuatkan kita tidak sedar dan selesa dengan keadaan itu. Begitu juga dengan keadaan masyarakat kita yang sudah selesa dengan budaya mereka dan menjadikannya sebagai gaya hidup tatkala gaya hidup yang islamik sudah dianggap kolot. Sedar-sedar diri kita sudah rosak binasa kesan daripada racun tersebut.

Rasulullah pernah bersabda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Kemudian, mereka mengenal pasti pula pihak-pihak yang berpotensi untuk menggagalkan rancangan mereka. Sebarang ancaman akan dihapuskan. Inilah yang terjadi pada mereka yang memperjuangkan kuasa yang lebih besar, yang Maha Besar. Tetapi mereka tidak perlu risau kerana mereka mendapat pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT. Sebaliknya pula bagi mereka yang terjebak dalam kesesatan. Jauhnya mereka dari pertolongan dan perlindungan Allah SWT.

Selesai dengan watak supervillain, berganjak pula kepada watak superhero yang sepatutnya menyelamatkan dunia. Siapakah yang dapat menyelamatkan kita semua daripada tenggelam di dalam lautan yang penuh dengan kesesatan? Siapakah yang akan membawa bahtera menuju ke arah kebenaran? Umat manusia pernah diselamatkan oleh
wira kita iaitu Rasulullah SAW. Sekarang, siapakah yang akan menyambung perjuangan baginda? Siapa lagi kalau bukan kita. Setiap superhero pasti ada kekuatan dan kelebihan. Tunggu apa lagi, mari kita bina kekuatan tersebut! Mari bangkitkan semula zaman kegemilangan Islam. Bagaimana? Sesiapa boleh bagi jawapan? Jangan pula kita sesekali lupa dengan penyelamat kita yang paling agung. Hanya dengan izinNya kita boleh terselamat daripada kesesatan. Innallaha 'ala kulli syaiin qadir. Sesungguhnya Allah Maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Sedikit nasihat buat sahabat-sahabat saya. Hentikan sifat ambil mudah kalian dalam pelajaran dan mulalah serius. Sentiasa ingat bahawa kita sedang berjihad fisabilillah. Jauhi perkara-perkara yang membawa kepada kebejatan moral supaya kita tidak jauh dari redha Allah SWT.

Sabda Rasulullah saw.
إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة .
Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda - pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.
( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )


sila klik di sini

Saturday, July 4, 2009

Takziah

Assalamualaikum

Beberapa minggu lepas kita dimaklumkan dengan kematian Sheikh Fathi Yakan. Selepas beberapa hari, saya pula dikhabarkan dengan kematian seorang kenalan saya. Arwah hanya satu tahun lebih tua daripada saya. 3 hari lepas pula saya dikhabarkan dengan berita kematian seorang lagi rakan saya yang baru berumur 21 tahun. Yang buatkan saya lebih sedih ialah terakhir kali saya berjumpa dengan arwah ialah 2 tahun lepas dan saya juga tidak bersempatan untuk melawat keluarga arwah kerana kesibukan. Untuk pengetahuan, arwah merupakan penghidap autisma. Tapi, saya seronok berkawan dengan arwah dan sewaktu saya kecil, kami sering ke mana-mana bersama. Saya pasti akan merinduinya.

Semoga roh-roh mereka dirahmati-Nya..

Apabila menerima berita kematian rakan-rakan. Membuat saya berfikir yang maut bisah mengundang saya pada bila-bila masa sahaja. Setiap orang memahami konsep maut yang mengundang kita tak kira usia sama ada tua atau muda. Tapi tidak ramai yang mengingati mati atau Zikrul maut.

"Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian)." ( Riwayat At-Turmudzi )

"Perbanyaklah mengingati kematian, sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia." ( Riwayat Ibnu Abiddunya )


Saya masih ingat lagi sewaktu saya masih di bangku sekolah rendah. Ketika itu, saya malas hendak solat. Saya sering dimaklumkan tentang bagaimana sakitnya mati, azab kubur dan seksaan api neraka. Pernah beberapa kali ketika saya memilih untuk terus tidur sebelum menunaikan solat Isyak. Sebaik sahaja saya cuba melelapkan mata, pelbagai bayangan tentang mati menjelma dalam fikiran saya. Jantung saya berdegup kencang dan saya rasa sedikit menggeletar. Akhirnya saya bangun dan menunaikan solat Isyak dan dapat tidur dengan lena.

"Cukuplah kematian itu sebagai penasihat." ( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy )

Apabila sudah meningkat ke peringkat sekolah menengah, situasi yang lebih kurang berlaku. Sekolah tamat pada pukul 4 petang dan saya selalunya sampai ke rumah sebelum waktu Asar. Dek kerana keletihan, selepas pulang saya sering merebahkan diri untuk rehat. Bila azan berkumandang, saya rasa berat untuk bangun dan rasa seperti ingin melelapkan mata sebentar. Tapi perkara yang sama berlaku di mana saya akan menjadi keresahan selagi tidak menunaikan solat. Saya sering teringat apa yang akan berlaku sekiranya nyawa saya diambil ketika saya menangguh solat. Nauzubillah..

Alhamdulillah, Allah SWT sentiasa memberi peringatan kepada saya. Allah SWT sentiasa memberi peringatan kepada kita semua. Peringatan-Nya ada di mana-mana sahaja. Contoh yang paling mudah ialah terpaparnya berita-berita tentang kematian di dada-dada akhbar mahupun melalui televisyen. Ianya terserah sama ada kita ingin mengambil iktibar daripada peringatan-peringatan yang Allah SWT tunjukkan kepada kita.

"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )

Sunday, June 7, 2009

buku, buku dan buku

Assalamualaikum :D

Sekadar ingin berkongsi minat saya dalam membaca. Sekarang saya sedang berusaha menghabiskan buku yang berjudul "POLEMIK SEJARAH MALAYSIA" keluaran Arkib Negara. Buku ini amat menarik kerana ia mengkaji semula sejarah di Tanah Melayu sejak zaman protosejarah. Saya juga tertarik untuk mengkaji bahan bacaan ini kerana ia merupakan cadangan ayah saya sendiri untuk membetulkan semula apa yang salah dalam sejarah negara kita. Setelah 15 tahun hasil kajian dan pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar sejarah, maka terhasillah buku ini.



Yang paling menarik dalam buku ini ialah sejarah kedatangan Islam yang sebenarnya sampai di Tanah Melayu lebih lama daripada yang biasa kita ketahui. Kerajaan Islam pertama didirikan di rantau ini ialah kerajaan Islam Syi'ah di Perlak yang didirikan oleh seorang putera nakhoda bernama Sayid' Abd al-'Aziz pada tahun 225 H/840 M. Pada satu peringkat setelah datangnya aliran Sunni di rantau Tanah Melayu, Di Kelantan, Kedah dan Terengganu, khususnya di kawasan pedalaman masih cenderung kepada aliran Jabariyah yang lebih bersifat "tertutup" (konservatif) berbanding dengan aliran Qadariah dan pada masa masyarakatnya turut mewarisi/ dipengaruhi kosmologi Syi'ah yang mendewakan dan menyucikan pemimpin yang dianggap sebagai "bayangan Allah di muka bumi".



Selain daripada buku tersebut, saya turut menggemari koleksi Arkib Negara yang lain. Salah satunya ialah "ARKIB WARISAN EKSKLUSIF" yang mempamerkan banyak rekod tentang Tanah Melayu sejak zaman kegemilangan Melaka dalam bentuk mikrofilem yang amat menarik.

Saya juga meminati hasil sastera. Sudah menjadi hobi sejak 12 tahun mengumpul novel-novel sastera. Fungsi sastera adalah untuk menulis sejarah dalam bentuk yang menarik atau mengadakan sesuatu yang tidak ada. Contohnya pada zaman dahulu hasil sastera dijadikan sebagai sumber untuk menaikkan semangat tentera-tentera seperti Hikayat Muhammad Ali sewaktu zaman Melaka diserang Portugis. Antara koleksi novel yang saya miliki;





Ini (rujuk gambar di bawah) pula merupakan koleksi buku pertama saya sejak saya mula-mula tahu membaca. Ia merupakan koleksi ensiklopedia kanak-kanak yang menarik minat saya dalam sains. Setiap minggu pasti saya akan menghabiskan sebuah buku daripada koleksi tersebut. Gambar-gambar yang menarik dan penjelasan yang mudah membantu saya untuk menghabiskan seluruh koleksi buku tersebut. Apa yang saya baca sewaktu tadika dahulu masih lagi boleh diaplikasikan dalam kehidupan dan pembelajaran saya sekarang.



Antara buku lain yang menjadi pilihan saya:








Akhir sekali. Yang berada nombor satu dalam carta saya ialah tak lain dan tak bukan Al-Quran karim. Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca tapi untuk dikaji dan diamalkan isinya (tadabbur al-Quran). Membacanya satu ibadah manakala mengamalkannya satu kewajipan. Setiap orang wajib memiliki sekurang-kurangnya senaskah tafsir al-Quran. Tetapi berhati-hati kerana ada tafsir yang membawa kepada penyimpangan aqidah. Mari kita mengkaji al-Quran bukan sebagai satu kitab kosong tapi satu kitab yang penuh misteri yang harus dibongkarkan!!=D

“Apakah mereka tidak tadabur al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak di dalamnya.” (Surah An-Nisak ayat 82)



Rasulullah saw. pernah bersabda (yang artinya): Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran karena orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci. (HR ath-Thabrani).

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal shalih bahwa bagi mereka ada pahala yang besar. (QS al-Isra’ [17]: 9).

“Anda melihat manusia membaca al-Quran dengan cepat. Mereka membaca huruf-huruf al-Quran dengan suara yang baik (sebutan) yang baik. Mereka berdebat tentang baris di bawah, di hadapan dan baris di atas seakan-akan mereka sedang membaca syair-syair Arab. Merenungi maksud al-Quran serta mengamalkannya menjadi tidak penting bagi mereka. Adakah dalam dunia ini wujud keadaan terpedaya yang lebih daripada itu?” (Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali (terjemahan Prof. TK. H. Ismail Yakub MA), Pust. Nasional, 1981, Singapura, jil 6 hal 34)

Allah berfirman, “Dan mereka yang telah Kami berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengannya. Barang siapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah Al-Baqarah ayat 121)



dapat award



Assalamualaikum

Terima kasih kepada Wardatul Shaukah aka Kak Tini kerana sudi memberi 'award' untuk blog saya yang tak seberapa ni. Semoga ukhwah antara kita akan diberkati Allah. Amin.. Insyaallah pada masa akan datang saya akan sediakan 'award' istimewa untuk blog kalian.. Tunggu ya..=D

Friday, May 29, 2009

malu

Assalamualaikum =D

Alhamdulillah, imtihan sudah pun berlalu dan cuti telah pun bermula. Di sini, saya bukan hendak menceritakan tentang imtihan mahupun cuti. Tapi ingin menceritakan serba sedikit situasi ataupun senario yang saya lihat sejak kebelakangan ini yang sedikit sebanyak membuat saya berasa sedih dan malu.



Senario #1
Sedang saya hendak keluar daripada tandas wanita, bertembung pula dengan dua orang remaja. Salah seorang daripada mereka kelihatan dalam kemarahan dan berkata kepada kawannya "eei, memang %$#@, &%$#, $#*% la dia tu..dia ingat dia siapa!!" katanya dengan nada yang tinggi. Nampaknya nafsu amarah telah merasuk dirinya. Sebelum keluar, dia menumbuk pintu tandas sebanyak beberapa kali lalu menghempas pintu tersebut dengan kuat.

Senario #2
Ada pelajar lelaki yang mempunyai rupa paras yang menarik baru mendaftarkan diri sewaktu musim peperiksaan. Kami diarahkan untuk tunggu di luar sebelum menduduki peperiksaan. Datanglah beberapa orang perempuan ke arah pelajar lelaki tersebut lalu berkata "nama sape?,boleh berkenalan?" tanpa sedikit pun rasa MALU.

Senario #3
Ini sering berlaku kepada individu yang berbeza-beza. Sudah terlalu banyak kali saya melihatnya. Ketika saya sedang berjalan-jalan bersama rakan-rakan, dari jauh kelihatan orang ramai berkumpul. Di tengah-tengah bulatan di mana orang ramai berkumpul itu terdapat seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bergaduh. Si perempuan itu menunjukkan lagak seperti samseng dan meninggikankan suaranya kepada lelaki tersebut. Ada cerita lain yang lebih kurang jalan ceritanya di mana perempuan dan lelaki yang bergaduh itu terpaksa ditahan oleh kawan masing-masing.

Senario #4
Cerita ini sudah lama berlaku. Situasi di sekolah di mana pada suatu pagi seorang senior menyerang kelas seorang junior kerana isu "boyfriend" atau teman lelaki.

Senario #5
Sedang saya berjalan dengan seorang rakan saya, kami terlihat seorang remaja beruniform lengkap dengan tudung sedang berbual dengan temannya iaitu seorang lelaki. Tiba-tiba perempuan itu mengangkat atau menyelak bahagian belakang tudungnya untuk mengikat rambutnya yang panjang dan bewarna lalu secara tidak langsung menunjukkan rambutnya kepada khalayak ramai.

Terlalu banyak ingin diceritakan tetapi cukuplah sekadar kisah-kisah di atas untuk menzahirkan rasa sedih dan malu saya berkenaan dengan kaum hawa. Di sini saya ingin mengingatkan kepada kaum hawa terutamanya diri saya sendiri satu perkara penting iaitu:

Sifat malu
Memang telah jelas ramai yang tahu bahawa malu itu sifat semulajadi seorang wanita. Sifat malulah yang dapat menjaga akhlak kita dan maruah kita sebagai kaum hawa. Seseorang pernah berkata kepada saya bahawa sifat malu seorang wanita boleh dikatakan umpama satu mekanisme yang penting dalam mengawal hawa nafsu seorang wanita. Seperti yang kita tahu, perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu. Bila sifat malu seorang wanita hilang, habislah wanita itu kerana ia akan dikawal oleh 9 nafsu. Maka, dapat saya simpulkan di sini, dengan hilangnya perasaan malu seorang wanita maka bermulalah kehancuran bagi dirinya.

“Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Ia akan mencabut rasa malu dari dalam dirinya. Apabila rasa malu itu telah dicabut (darinya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikan. Apabila engkau menemukannya dalam keadaan demikian, maka akan dicabut dari dalam dirinya sifat amanah. Dan jika telah dicabut dari dalam dirinya sifat amanah itu, maka engkau akan menemukannya sebagai seorang yang pengkhianat dan dikhianati. Jika engkau mendapatinya dalam keadaan demikian, maka akan dicabut dari dalam dirinya rahmat. Dan jika rahmat telah dicabut darinya, maka engkau akan menemukannya sebagi seorang yang terkutuk dan terlaknat. Dan jika engkau menemukannya dalam keadaan demikian, maka dicabutlah darinya simpul (ikatan) Islam” (HR. Ibnu Mâjah, Hadits 4054).

Tapi ingin saya tekankan di sini, malu biarlah malu bertempat. Jangan perasaan malu itu menghalang kita daripada mencapai sesuatu kebaikan. Dan jangan pula kita malu disebabkan sesuatu yang tidak patut kita malukan seperti yang pernah seseorang meminta pendapat saya. Katanya, "labuh tak tudung ni?nampak macam ustazah kan?malu lah..". Kalau berpakaian seperti 'sarung nangka' tak timbul pula persoalan malu atau tidak.
Wahai kaum hawa sekalian, marilah kita memelihara sifat malu kita kerana setiap daripada kita dikurniakan dengan sifat malu dan malu itu sebahagian daripada iman.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud; “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadith riwayat Bauhaqi).

diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasullullah bersabda yang bermaksud:
"Iman itu ada lebih 60 cabang dan sifat Malu adalah sebahagian daripada cabang Iman."


Kalau diikutkan banyak lagi isu berkenaan kaum wanita ingin saya bangkitkan. Tapi cukuplah dulu sekiranya isu yang paling penting diketengahkan di sini. Semoga ia manjadi tarbiah buat kita semua dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Mencegah kemungkaran merupakan tanggungjawab bersama.

Daripada Abi Said al-Khudri RA berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa dalam kalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak berupaya hendaklah dia mengubahnya dengan lidah pula, sekiranya dia tidak berupaya maka hendaklah dia mengubah dengan hati, dan yang sedemikian itu (mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman.

Dengan cara ini sahajalah saya mencegah kemungkaran. Saya tidak mampu untuk mengubahnya dengan tangan (kuasa) mahupun lidah (lisan). Begitu lemahnya diri ini..

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Jadi





Pada 14 Mei 2009,kakak kesayangan (tomodachi) menyambut hari jadinya yang ke 2*. Dah tua rupanya. Rasanya-rasanya diri inilah orang terakhir yang mengucapkan hari jadi kepadanya. Pada petang semalam, sewaktu kak*** pulang dari menjalankan tugasnya sebagai kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab dan amanah xp. Kak*** keluar dari keretanya dengan membawa satu bekas yang berisi kek 'secrete recipe'. Ingatkan dekat 'office' dia ada buat majlis apa-apa. Tanpa memikirkan apa-apa saya pun makan kek itu dengan penuh selera(lepas baca doa makan ya). Tiba-tiba ayah mengucapkan "HAPPY BIRTHDAY". Argghh, macam mana boleh terlupa. Lambat pun lambatlah asalkan 'wish'. Jangan kecik hati ya kak***..

Adik kesayanganmu ini tak ada benda nak diberi melainkan ucapan terima kasih dan penghargaan untuk sokongan anda tidak kira dari segi material,masa, dll.

Ucapan ikhlas dari hati oleh saya tapi diambil oleh akhi Farid xp:
“Selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur lalu umur itu diberkati dengan Ilmu, Iman Takwa dan Amal. Agar umur yang panjang itu tidak disia-siakan dengan kemaksiatan pada Allah Jalla Wa’ala, tidak menjerumuskan diri dengan syirik khafi atau jali dan juga diakhir usia tidak mengidap penyakit nyanyuk yang menjatuhkan keaiban sendiri. Begitu juga jika dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Biarlah rezeki yang halal itu disalurkan pada jalan fi sabilillah persis jutawan mulia Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Abdul Rahman Bin Auf. Bukan pada jalan yang salah bagai hikayat purba Qarun dan hartanya.”

AMIN...

p/s: tak payah risau bila orang tanya bila nak kahwin sebab adikmu ini belum teringin nak ada abang ipar..xp

Saturday, May 2, 2009

sekular

Assalamualaikum =D

Petang tadi say
a dan ibu minum petang bersama seorg pljr UIA drpd Turki bernama Busyra yg saya anggap seperti kakak. Kami berbual lbh drpd 2 jam dan pelbagai topik yang dibincangkan. Antara topik yang dibualkan ialah mengenai kerajaan baru di Turki. Kata ukhti busyra, tidak terdapat banyak perubahan. Bertukar topik pula ttg pelajaran. ukhti Busyra bertanya kepada saya, "what do you want to take in university?". Saya jawab, "Insyaallah, medicine."




"I really suggest you to take medicine in turkey cause it's really good there. Most of the Europeans take medicine there and not forgotting Malaysians. For medicine, Turkey is much much better than Malaysia. "

"Oh really?Insyaallah.."


"U know, study t
here n marry with turkish people."

Ibu plk tmbh, "She can be ur sister-in-law?"(tibe2 plk kluar topik)

"yeah, sure. Why not. I'll bring u to meet him when he come here next month."

"Hihi..(blushing)..No thanks.."


(back to the topic)"But there's 1 problem if u further ur study in Turkey. Maybe u r not allowed to cover(aurah) but I think u r allowed to cause u not a citizen. I'm not sure. Besides that, students in Turkey r very secular n their life includes CLUBS, ALCHOHOL N WOMEN(4 men). U will not get accepted if u r not that way. It's really important how u bring urself there."

Habis cakap pasal topic 'study' walaupun trkluar drpd topik sekejap. Sembang pulak psl perkahwinan di Turki. Ibu tanya ukhti
Busyra psl budaya perkahwinan kat sana dan dia jawab:



"It's typical in Turkey if u love the person no matter if he/she is Indian, Bangladesh, Siberian, American, Chinese no matter if he/she is muslim, jewish, christian or atheist, young or old, you can marry that person. In our religion (Islam) it is not accepted but we can't actually say anything. That is our custom but not for some of us who r religious."

"Even when my older brother wants 2 get married to a secular girl, my parents did not mind as long as he thinks it'll work out. But Alhamdulillah after they got married his wife started to pray n covering (aurah)."

"Alhamdulillah.."


Sebenarnya kalau diikutkan banyak lagi yang kami bualkan tp kalau nk type x hbs plk..Cuma nak cerita tentang gaya hidup sekular masyarakat Turki. Alhamdulillah ukhti Busyra tak macam tu. Sebab tu keluarga ukhti Busyra suruh dia sambung belajar di Malaysia. Maaf, dialog di atas menggunakan BI yang tunggang langgang. Masa cakap pun main redah je asalkan msg2 faham.

Ya Allah ya Tuhan kami, jgnlah kiranya Engkau pesongkan hati-hati kami sesudah Kau berikan petunjuk, anugerahkanlah kepada kami akan rahmat kerana sesungguhnya Engkau Tuhan Maha Pengurnia.

Cerita pasal Turki teringat pulak manisan Turki yang popular iaitu BAKLAVA. yummy...Kali terakhir makan masa 2 tahun lepas. Itupun beli dekat Turki. Asal susah sangat nak cari kat sini!!

Friday, May 1, 2009

jiwa yang kosong

Assalamualaikum =D


Sejak dahulu lagi jiwa ini kosong. Penuh tapi kosong. Selama ini jiwa ini dipenuhi oleh sampah. Sampah yang tiada gunanya. Sumbangannya hanya pada pencemaran. Hanya membawa kepada keburukan dan kebinasanaan. Bukan sampah sahaja yang mencemari hati ini, malahan hati ini dicemari juga oleh suntikan-suntikan beracun. Hegemori dan sifat hedonisme disuntik ke dalam hati ini supaya dapat meresap dan sebati dengan jiwa lantas mempengaruhi segala tindak-tanduk yang dilakukan. Tiada lagi ruang untuk iman, taqwa, tauhid, sifat qanaah atau zuhud. C
ahaya tidak lagi dapat menembus hati ini. Hatta segala bidaah diterima begitu sahaja tanpa diperiksa kebenaran dan dalil-dalilnya. Tiada lagi kehadiran simpati akibat ditelenggelami nafsu yang tidak terbatas. Tiada lagi kasih sayang akibat dibedil perasaan dendam. Cinta tidak lagi muncul akibat diselubungi api amarah. Semua itu hilang. Hilang tidak tahu di mana lagi hendak dicari. Kemungkinan besar pupus ditewaskan oleh titik-titik hitam yang bermastautin di dalam hati yang amat sukar dikalahkan kerana populasinya yang tinggi. Ia hanya bisah dikalahkan oleh cahaya. Begitu malang sekali kerana cahaya tidak dapat menembusi kerana hati terlalu dipenuhi oleh satu populasi yang bersifat parasit yang telah menghakis ehsan dalam diri setiap insan.


Monday, April 6, 2009

Bulan kesedaran autisma




Assalamualaikum =D

Tidak ramai yang sedar bahawa bulan April merupakan bulan kesedaran autisma sedunia. Kita semua patut memberikan lebih kesedaran terhadap golongan ini. Bulan kesedaran autisma wajar diadakan kerana angka bagi kes ini semakin meningkat. Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap autisma sama seperti kanak-kanak normal yang lain kecuali kebanyakan daripada mereka perkembangan mentalnya agak lambat. Kebanyakan daripada mereka mempunyai masalah untuk bergaul dengan orang luar tetapi ada juga yang mudah bergaul. Dahulu saya mempunyai seorang rakan sepermainan yang menghidap autisma. Dia boleh bermain seperti kanak-kanak lain. Saya juga boleh bersenda gurau dengannya. Bagi saya tiada yang kurang padanya walaupun sesetengah orang memandang rendah kepadanya kerana sikapnya yang seperti anak kecil. Bagi saya golongan ini harus diberi layanan yang baik.



Penghidap autism terbahagi kepada dua jenis. Salah satunya mempunyai tahap IQ yang sama seperti kanak-kanak lain. Saya ada mengenali seorang kanak-kanak autisma yang mendapat keputusan 4A dan 1B untuk peperiksaan UPSR 2008. Ada yang di mana tahap IQnya lebih tinggi daripada kanak-kanak seusia yang lain tetapi mempunyai masalah pergaulan. Ada yang menggelarnya 'kanak-kanak indigo'. Mereka tidak begitu diberi pendedahan. Mungkin ada yang pernah dengar melalui novel kanak-kanak karya saudara Faisal Tehrani. Tapi yang paling penting di sini, saya ingin memberikan penghormatan kepada ibu bapa,penjaga dan ahli keluarga bagi penghidap autisma di atas ketabahan dan kegigihan mereka dalam membesarkan insan-insan istimewa ini. Semoga Tuhan memudahkan segala urusan mereka dan diberi ketabahan dalam menjalani kehidupan di dunia yang kadang kala bertindak kejam terhadap golongan ini.

p/s:sila maklumkan sekiranya ada fakta yang tersalah di atas. saya tulis dari pengalaman saya dan dari apa yang telah saya baca dan dengar.



Wednesday, April 1, 2009

renung-renungkan

Assalamualaikum =D

Di sini saya ada maklumat yang ingin dikongsi bersama. Saya dapatkan maklumat ini daripada e-mail. Bukan seorang shj yang hantar tapi ramailah juga. Terima kasih bagi yang menghantar e-mail ini.

Salam,
Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang
ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg
anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia
kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati.
I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup
kencing di dinding2 masjid.
Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza. Makanan dan ubatan2 sume
rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long.
Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...
"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" -
Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza.
Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat
kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat
Palestine...
Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan
Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas
500 meter is RM70!!!
Memang sekutu kuat Amerika and Israel.
(Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara
Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza (Palestine)
Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino!
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world
comes from Gaza!
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).
Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan
mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat
Mesir tu..
Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention
Hashim....)
Beautiful country, iklim Mediterranean ..boleh kalahkan Los Angeles kalau
tak kerana peperangan..

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila
bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke
sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die
anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah
berminggu!
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel...punyalah jahat
manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih
je!!
Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate
in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati
syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.
Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok
lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat
hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus
dari jarak jauh.
Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta
kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun
sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat
Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.
Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah
katakannn...

Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.
Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati
kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa
bius. Sebab ubat dah tak de.
Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di
jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus
..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata tak
de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang
sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan
tulang...Nauzubilla h.
Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak
pergi ke Gaza (agaknya sebab dia ni pun bujang lagi..hehe). ..So, inilah
yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran
kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita
shopping kat sana mcm kita sokong Israel.
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita
di mana jua mereka berada..
Wasalam.
Z

Sunday, March 22, 2009

Ayat-ayat Cinta

Assalamualaikum =D

Kata-kata hikmah daripada Prof. Dr. Hamka dalam bukunya 'Tasauf Moden':

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.

Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.

Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'

Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.

Petikan daripada novel "Memeluk Gerhana" karya Isa Kamari.

Friday, January 30, 2009

SESAT

Pada suatu hari aku menyedari sesuatu telah membutakan mataku.. Aku tidak lagi bisah melihat cahaya.. Sering kali aku meraba-raba dalam kegelapan.. Mencari arah yang hendak dituju.. Tapi masih dibelenggu dalam kesesatan.. Tergapai-gapai untuk pertolongan.. Terasa diri ini amat tidak terdaya..Terasa amat lemah..Tiada siapa yang datang membantu.. Tiba-tiba terdengar suara sayu memanggil.. Semakin lama semakin kuat suara itu kedengaran.. Menyeru aku menuju ke arahnya dan menjanjikan keseronokan dan kesenangan.. Dalam keadaan terdesak, aku menuju ke arah suara itu.. Tetapi semakin dekat aku dengan suara itu semakin jauh aku dari cahaya.. Penglihatanku menjadi semakin gelap.. Tiba-tiba terdengar satu lagi suara memanggil.. Juga menyeru aku menuju ke arahnya dan hanya menjaminkan kesejahteraan yang hakiki.. Tapi suara yang ini memanggilku dalam nada yang tegas namun kedengaran lebih menyenangkan.. Fikiranku dibelenggu.. Tidak tahu arah mana yang harus dipilih.. Setelah dipertimbangkan, hati ini kuat mengatakan supaya melalui jalan menuju ke kesejahteraan yang hakiki kerana aku dapat melihat cebisan cahaya menunggu di destinasi yang ingin kutuju.. Aku berjalan perlahan-lahan ke arah yang hendak dituju namun terasa sesuatu menarik diriku untuk melalui jalan yang menuju keseronokan dan kesenangan.. Aku melawan daya tersebut dan terus menyambung perjalanan..Namun sepertinya daya tersebut tidak mahu mengalah dan semakin kuat daya tarikannya seolah-olah tidak mahu melepaskan.. Semakin dekat aku dengan cahaya semakin kuat aku ditarik.. Aku mengerahkan seluruh tenagaku untuk melawan daya tersebut.. Aku hampir mengalah namun apabila aku hampir sampai ke arah cahaya aku merasa semakin kuat.. Sepertinya aku dapat mengalahkan daya tersebut.. Penglihatanku semakin terang dan jelas.. Apabila sampai di destinasi, ada yang menghulurkan tangan untuk digapai.. Aku menggapai tangan tersebut dan terus aku dapat melihat dengan jelas sekali.. Lebih jelas lagi daripada sebelum kedua belah mataku dibutakan.. Aku dapat melihat pemandangan yang begitu indah yang tidak pernah dilihat sebelum ini.. Aku juga dapat merasai pelbagai nikmat. Aku diberi nikmat syukur.. Aku bersyukur dengan penglihatanku yang jelas dan kesejahteraan yang telah diberi.. Aku tidak lagi terperangkap dalam kesesatan.. Aku juga diberi nikmat untuk mengenali Penciptaku sekaligus mengenali diri sendiri.. Sesunggunya Dia Maha Pemberi Kurnia dan Dialah yang mengurniakan nikmat-nikmat yang aku terima. Hanya Dia yang aku sembah dan hanya kepadaNya aku meminta pertolongan.

Monday, January 26, 2009

perkauman??

Assalamualaikum =D

Perkauman. Apa itu perkauman. Perkataan perkauman berasal dari perkataan kaum yang di mana dari segi bahasanya bermaksud puak, suku bangsa dll. Terlalu panjang jika hendak diterangkan satu persatu. Isu perkauman ini acap kali dibangkitkan oleh beberapa buah pihak terutama masyarakat yang boleh diibaratkan sebagai enklaf dan sering diambil kira sebagai isu nasional. Tapi disini saya ingin membincangkan isu ini yang berlaku dalam kelompok yang lebih kecil iaitu di sekolah dan IPT. Sering kali kita dengar tentang perbalahan dan salah faham atau tidak keserasian antara murid kelas atas dengan murid kelas bawah ataupun pelajar cemerlang dengan pelajar sederhana. Sebenarnya isu ini merupakan isu
kecil yang diperbesar-besarkan. Saya tidak pasti sama ada isu ini wujud di sekolah saya tapi kebanyakan institusi pengajian mengalami masalah ini. Dari kebanyakan cerita yang saya dengar, ramai yang menyalahkan murid cemerlang dalam isu ini. Contoh senarionya ialah apabila seseorang pelajar itu tidak mahu berkongsi ilmu dengan orang lain kerana sifat kompetitifnya yang tinggi. Lagi teruk jika dia tidak mahu bergaul dengan golongan yang kononnya yang kurang pandai jika dibandingkan dengan kepandaiannya. Kes ini sering berlaku di IPT. Sekolah juga tidak kurang mengalami kes ini. Kita harus berusaha mencari jalan untuk memperbaiki jurang ini. Perlu saya ingatkan di sini, kita sebagai pelajar tidak mempunyai banyak perbezaan. Masing-masing mempelajari benda yang
baru di institut pengajian mesing-masing. Cuma yang berbeza di sini ialah kadar kefahaman masing-masing. Pada kebiasaannya kadar kefahaman bergantung pada usaha. Tapi usaha tidak semestinya membawa kepada kejayaan dan kejayaan tidak semestinya datang dari usaha. Sama ada kejayaan atau kegagalan, kedua-duanya urusan Tuhan yang mentadbir sekalian alam dan ia merupakan ujian terhadap kita sebagai makhluk ciptaanNya. Tak semestinya apa yang kita suka itu baik untuk kita dan yang kita tidak suka itu baik untuk kita. Sesungguhnya tiada sesiapa yang lebih tau apa yang terbaik untuk kita selain Pencipta kita. Mungkin usaha tidak menjamin kejayaan tapi daya usaha yang berterusan atau istiqamah, Insyaallah boleh membawa kita kepada kejayaan yang zati(hakiki, bukan nama sendiri). Dan ingatlah kegagalan dengan usaha lebih baik daripada kejayaan tanpa usaha. Sekali lagi saya ingin mengingatkan bahawa kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap seseorang kerana mungkin suatu hari nanti orang itu akan menjadi lebih hebat daripada kita. Segeralah kita memupuk sifat kasih dan hormat-menghormati dan melestarikan sifat tersebut untuk menjamin kesejahteraan hidup. Sekian.

WANITA VS LELAKI

MAKLUMAT DI BAWAH TELAH SY POST UTK MENYOKONG POST SY YG BERTAJUK WANITA DI MATA ISLAM.







Maka Diciptakan Lelaki.....
Betapa beratnya menjadi seorang lelaki


1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah balighmanakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.


2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anakperempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN !


3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunyadan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosabaginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak,perempuanhanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapatkepadanyakalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN !


4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyapendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.


Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya sepertigunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuanlebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat denganberatnyadosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannyayang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.



Wanita


1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.


2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.


3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.


4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.


5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pdisterinya (taat kepada ibunya).


7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.


8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.




Pernahkah kita lihat sebaliknya?Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akandibiarbersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita.Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kalilebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanitamenerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milikperibadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anakWanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapisetiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruhmakhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalahsyahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).. Di akhirat kelak,seoranglelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya,ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudaralelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-manapintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasabulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taatakan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turutmenerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpaperlu mengangkat senjata.


MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ....

PENGUMUMAN!!!!

jgnlah kite mngntikan prkataan ASSALAMUALAIKUM dgn 'Akum' dlm SMS atau apa 1 pun melalui tulisan. Gantikanlah dgn prkataan SALAM. AKUM adalah gelaran org2 yahudi untuk org2 bkn yahudi yg brmaksud BINATANG dlm bhse Ibrani, ia singkatan 'Avde Kokhavim U Mazzalot; yg bmksud HAMBA2 BINATANG DAN ORG2 SESAT.

Sunday, January 25, 2009

air mata nabi muhammad

Assalamualaikum =D

sila hayati kisah di bawah;

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?"tanyanya.Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuandi dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidaksenang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?""Jangan khuatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kaupalingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. betapa besarnya kasih sayang dan pengorbanan Rasullah kepada umatnya. kita amat bertuah untuk menjadi umatnya. jika dibandingkan dengan pengorbanan beliau terhadap kita tidak salah kalau kita selalu berselawat menjunjung Rasulullah S.A.W kekasih Allah S.W.T. Insyaalah kita akan dapat pembelaan daripadanya pada hari pembalasan kelak.

Saturday, January 24, 2009

wanita di mata Islam

Assalaimualaikum =D

mungkin ramai yang dah tau yang perempuan di mata Islam banyak kelebihannya..sebelum tu biar saya kongsi dulu maklumat di bawah yang telah dihantar oleh seorang insan bernama teman..

19 HADITH MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w . akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

bertuah bukan dapat jadi seorg wanita yang telah banyak diberikan kelebihan oleh Allah S.W.T. oleh itu kte sebagai wanita muslim tak boleh biar orang pandang kte lemah. Kte sebagai wanita Islam yang mempunyai kekuatan dan maruah. jangan sesekali lepaskan maruah kte kepada sesipa pun.