tag:blogger.com,1999:blog-42359057572829249602024-03-13T05:25:35.174-07:00Gembira yang DicariMenuju Mahabbah Ilahipencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.comBlogger45125tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-32262217971964176762012-08-25T20:30:00.000-07:002012-08-25T20:31:00.242-07:00Sesat dalam lautan,

mencari titik pertemuan.

Satu bahasa penghubung bicara,

sayangnya, begitu dalam ia terbenam.

Rindu pada daratan semakin parah,

hati lelah menunggu saat tersadai.

Akankan gelora ombak mengubah diri,

saat ditemui di tepian pantai.pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-76975211131933191682012-03-10T10:28:00.000-08:002012-03-10T10:29:03.064-08:00Seekor Kuda LiarWahai sang kuda,

mengapa dirimu begitu liar?

Berkali-kali dirimu kuikat,

namun terlepas jua.

Barangkali tali imanku begitu halus,

sehingga begitu mudah terputus.

Akhirnya kau bebas berlari.

Kini, aku bukan lagi tuanmu.

Kupujuk hati untuk sabar menanti,

keampuhan doa seorang musafir.

Zati Hanani

12.30 a.m.

11/3/2012pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-6556686925337567042012-03-03T23:29:00.008-08:002012-03-04T16:12:59.641-08:00Kemenangan yang Tidak DijangkaAssalamu'alaikum =D

Perlawanan antara kelab Liverpool dan Arsenal malam tadi membawa keputusan yang tidak dijangka. Liverpool yang baru-baru ini merangkul Piala Carling 2011/12 dikalahkan oleh Arsenal dengan gol 1-2 di kandang sendiri. Siapa menyangka pada minit ke-92 Robin Van Persie berjaya menyumbatkan gol yang membawa kepada kemenangan.

Sungguh, apa yang saya suka tentang sukan adalah keputusan yang tidak dapat dijangka dan semangat untuk tidak mengaku kalah sebelum berjuang. Sentiasa ada secebis harapan untuk sang tikus mengalahkan sang gajah. Maka semangat seperti ini haruslah diterapkan dalam kehidupan kita. Sikap sentiasa optimis dalam menghadapi apa sahaja rintangan yang dilalui dalam liku-liku kehidupan.

Apabila kita renungi situasi zaman ini, kelihatannya pengaruh buruk mendominasi persekitaran kita. Untuk mereka yang berusaha untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, masyarakat sering memandang rendah kepada mereka dan mengakatakan bahawa mana mungkin mereka dapat menghapuskan budaya jahiliyyah yang semakin berleluasa. Tetapi selagi hayat dikandung badan, perjuangan akan tetap diteruskan dan amanah akan tetap dipikul.

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik." (Al-Imran 3:110)

Usaha yang tidak putus-putus oleh para pendakwah tidak akan pernah sia-sia kerana Allah sentiasa menilai usaha kita dan hasilnya kita serahkan kepada Allah S.W.T. Tidak mungkin Arsenal boleh menang tanpa persediaan yang cukup. Jangan hanya kerana lawan kita itu jauh lebih besar, kita mengambil keputusan untuk menarik diri kerana itu bukanlah sikap orang muslim. Sebaliknya kita haruslah buat persediaan yang lebih baik daripada pihak lawan. Kenal lawan kita supaya kelemahan mereka akan dapat dikenalpasti. Dari situlah strategi dapat disusun.

“Dan sesungguhnya Allah menolong kamu di Badar, padahal (ketika itu) kamu adalah golongan lemah. Dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu bersyukur.”(Al-Imran 3:123)

Sebagai seorang muslim, kita tahu siapa musuh dan lawan kita. Ianya bukanlah pilihan bagi kita untuk menganggapnya sebagai musuh kerana telahpun Allah S.W.T terangkan kepada kita di dalam Al-Quran. Semua musuh Islam merupakan musuh kita. Jangan kita sesekali lihat mereka besar kerana Allah itu Maha Besar dan Allah telah menjanjikan kemenangan buat orang-orang yang berjuang di jalanNya. Sesungguhnya kemenangan yang hakiki dapat kita lihat di Akhirat nanti.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan selengkapnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [al-Baqarah 2:208]

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat". [An-Nasr: 1-3]

InsyaAllah, kita pasti akan menang!pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-88386702489528414182012-02-05T05:45:00.000-08:002012-02-05T07:17:33.925-08:00Cinta Nabi dan Cinta MasjidAssalamu'alaikum. =D
Allahumma solli 'ala Muhammad!

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-'Imran 3:31)

Tahun lepas saya menghabiskan cuti awam sempena Maulid Nabi s.a.w dengan membaca buku ini. Tahun ini pula saya menghabiskan hujung minggu saya dengan menghadiri Karnival Cinta Masjid anjuran TV Al-Hijrah. Alhamdulillah, karnival tersebut diadakan di masjid yang tidak jauh dari kediaman saya. Saya cukup bersyukur kerana karnival ini dianjurkan tepat pada masanya apabila sejak kebelakangan ini kemanisan yang saya rasai sewaktu bekunjung ke rumah Allah s.w.t yang mulia ini semakin terhakis dek iman yang menipis.

Sungguh, dua hari yang saya telah luangkan di sana terasa sangat indah. Walaupun ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa 12 Rabiul Awal bukanlah tarikh sebenar kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan meraikan kelahiran baginda merupakan satu bid'ah. Bagi saya aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan program orientasi bagi kita ummat Islam untuk melazimi selawat kepada baginda s.a.w. dan memupuk perasaan cinta akan Rasulullah s.a.w..

Pada 4 Febuari 2012, bersamaan dengan hari Sabtu saya menghadiri rakaman 60 minit Ustaz Don yang diadakan selepas solat fardhu Zuhur. Dalam sesi tersebut, Ustaz Don menekankan tentang kelebihan bagi mereka yang hatinya terpaut pada masjid dan adab-adab ketika di masjid. Alhamdulillah, perkongsian beliau telah menyuburkan kembali kemanisan yang saya rindui tatkala berkunjung ke tempat yang mulia ini. Isu-isu berkaitan adab-adab di masjid yang ramai di antara kita terlepas pandang turut dihurai dalam sesi tersebut terutamanya berkaitan dengan pakaian.

Malam hari pula, selepas solat fardhu Isya' terdapat siaran langsung Kuala Lumpur Berselawat. Acara ini agak istimewa bagi saya. Masih terngiang-ngiang selawat yang indah di telinga saya dan masih terkesan kedamaian dan ketenangan yang dirasai dalam majlis tersebut. Subhanallah, cukup indah. Mungkin ianya kesan daripada penghayatan dan keikhlasan daripada penyampai-penyampai qasidah dan nashid yang terdiri daripada kumpulam In-Team, Al-Mawlid dan para Ustaz. Bagaimanapun, saya agak kecewa melihat muslimin yang dalam golongan remaja atau belia berat mulut untuk turut serta berselawat ke atas Nabi s.a.w.

"Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

Usai acara Kuala Lumpur Berselawat, terdapat dua sesi tazkirah oleh Prof. Madya Fauzi Deraman dan Habib Syed Najmuddin. Turut menyentuh soal cinta akan Rasulullah s.a.w dan masjid. Ringkas tetapi penuh pengisian, insyaAllah bermanfaat. Sementara menunggu sesi tazkirah yang kedua, waktu menghampiri jam 12 malam. Amer Munawer yang bertindak sebagai pengerusi majlis memberi semangat kepada para penonton untuk bersabar dan memohon kami semua untuk terus bertahan demi rahmatNya, insyaAllah. Selesai sesi tazkirah yang kedua, kami semua menikmati minum lewat malam yang disediakan pihak penganjur bersama-sama termasuk penyampai-penyampai Kuala Lumpur Berselawat.

Pada hari ini pula, terdapat perarakan ke masjid, tetapi saya tidak turut serta. Bagaimanapun saya berpeluang menyertai satu lagi sesi rakaman 60 minit Ustaz Don. Kali ini menyentuh soal cinta Nabi s.a.wa, banyak pencerahan yang saya dapat. Ustaz banyak megupas sirah-sirah Rasulullah s.a.w untuk menunjukkan kepada sidang hadirin bahawa betapa istimewa dan agungnya pembawa risalah Allah ini dan bukti betapa cintanya baginda s.a.w. terhadap umatnya. Tak lupa juga, kelebihan-kelebihan bagi mereka yang cinta kepada baginda s.a.w. turut ditekankan oleh beliau.

Hujung minggu saya kali ini merupakan yang paling bermakna bagi saya. Bagaimana dengan anda semua? Mari kita bersama-sama berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. dan memohon syafaat baginda s.a.w.. Allahumma solli a'la Muhammad!

Alhamdulillah, Maulidur Rasul yang awesome. Subhanallah.
Allahuma solli 'ala Muhammad!pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-20099908166718974412012-01-21T05:12:00.000-08:002012-01-21T18:20:45.440-08:00Kekecewaan yang IndahAssalamu'alaikum =D

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Al-Imran 3:200)

Sebagai insan, kita sering mengharap penghargaan manusia di sekeliling kita. Akibatnya, kita akan kecewa apabila sesuatu yang kita lakukan itu tidak dihargai ataupun tidak diiktiraf. Kita juga akan kecewa apabila tidak mendapat hasil yang kita harapkan. Rasa seolah-olah apa yang diusahakan selama ini sia-sia.

Kecewa, satu perasaan yang mampu mematahkan semangat dan memusnahkan harapan. Alhamdulillah, hari ini Allah kurniakan perasaan kecewa untuk saya belajar sesuatu. Sebenarnya, apabila kita mengharapkan sesuatu daripada manusia pastinya kita tidak dapat lari dari kekecewaan. Ini kerana telah menjadi sunnatullah bahawa manusia tidak mampu dipisahkan dari kelemahan. Tetapi jika kita mengharap kepada Allah, sudah tentu kita tidak akan kecewa kerana Allah itu Maha suci dari sifat-sifat yang lemah. Segala yang dijanjikan oleh Allah pasti akan terjadi.

Oleh itu, tetapkan semula niat kita supaya melakukan segala pekerjaan demi mengejar keredhaan Allah. Bersungguh-sungguhlah dalam segala urusan kerana Allah. Bersusah-susahlah dahulu di dunia sebagai pelaburan untuk nikmat di akhirat. Sungguh besar nikmat yang Allah janjikan buat khalifah-khalifahNya di muka bumi ini sehingga tidak terasa langsung akan kesusahan yang dilaluinya di dunia walaupun baru sesaat dipamerkan syurga di hadapannya.

"Sungguh, Al-Quran ini memberi petunjuk ke(jalan) yang paling lurus dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan kebajikan, bahawa mereka akan mendapat pahala yang besar." (Surah Al-Isra' 17:9)pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-18729698605668756292011-12-28T04:45:00.000-08:002011-12-28T05:56:52.492-08:00HALAQAH-HIJAUAssalamu'alaikum =D

Semalam saya ada menonton rancangan Halaqah di TV9 yang membawa tajuk HIJAU. Ia dipenalkan oleh penceramah terkenal Dr. Danial Zainal Abidin. Buku pertama beliau yang saya baca ialah Quran Saintifik yang dihadiahkan oleh guru saya. Sejak itu saya mula mengikuti perkembangan karya-karya dan ceramah-ceramah beliau.

Muqaddimah yang beliau berikan sangat menarik perhatian saya. Beliau menjelaskan tentang penemuan sains dalam ayat 80 Surah Yasin.

"Tuhan yang telah menjadikan api dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon tersebut."
(Surah Yasin :80)

Beliau mengatakan mengapa Allah menekankan tentang pohon-pohon yang hijau. Dalam pohon hijau, ade pigmen berwarna hijau yang bernama klorofil yang berperanan penting dalam proses fotosintesis. Sebuah proses yang berlaku di dalam daun, di dalam kloroplast, di mana salah satu hasil daripada proses tersebut ialah oksigen. Seperti yang kita maklum, pembakaran hanya akan berlaku dengan adanya kehadiran oksigen. Jika tiada oksigen, maka proses pembakaran atau 'combustion' tidak akan dapat berlaku.

Banyak lagi yang dikongsi oleh Dr. Danial tentang kepentingan menjaga hubungan dengan alam sekitar kurniaan Allah S.W.T. Bagaimana cara manusia melayan alam sekitar memberi kesan yang signifikan terhadap kehidupan manusia secara keseluruhannya. Maka, apabila manusia merosakkan alam sekitar membawa maksud bahawa manusia sedang memusnahkan umat manusia itu sendiri kerana kehidupan manusia dan alam sekitar itu saling bergantung. Itu merupakan sunnatullah yang tidak dapat kita elakkan. Allah juga mencela orang-orang yang melakukan keroskan di muka bumi ini sebagai makhluk perosak.

"dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".(Surah al-Qasas : 77)

Setakat itu sahaja yang mampu dikongsikan di sini untuk kita renungi kebesaran Allah S.W.T dan mukjizat al-Quran bagi mengukuhkan lagi keimanan di dada. Semoga bermanfaat, insyaAllah.

“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka." (Surah al-Imran : 191)pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-10746469941998416272011-12-21T05:09:00.000-08:002011-12-21T06:06:16.879-08:00Seindah lukisan alamAssalaumu'alaikum =D

Sejenak mendongak ke langit, jelas terpapar kebesaran Allah Ta'ala. Semua mengakui keindahan lukisan alam ciptaan Ilahi. Tiada siapa menyangkal keindahan dan kehebatannya. Semua orang setuju dengan lukisan alam tetapi tidak semua orang setuju dengan lukisan takdir.

Kita sering mengeluh tentang kekurangan yang ada pada kita. Kita merungut tentang nasib buruk yang menimpa kita. Percayalah, segala yang telah Allah takdirkan buat kita ada kebaikannya bagi sesiapa yang percaya dan bersangaka baik kepada Allah.

"Dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu."(Surah al-Baqarah : Ayat 216)

Jangan sesekali kita menjadikan diri kita sebagai tuhan. Nafsu dan emosi jangan dijadikan pentadbir. Sentisa berdoa supaya kita tidak menjadikan diri kita pentadbir kepada diri sendiri walaupun sedetik kerana ia membawa kepada lembah kebinasaan.pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-25465525215734187432011-12-19T06:10:00.001-08:002011-12-19T15:05:58.546-08:00KembaliAssalamu'alaikum =D

Saya seorang penghuni kubur yang hanya bermusafir di alam dunia ini. Misi hidup adalah untuk mencari keredhaan Allah dan menggapai rahmatNya. Pada mulanya, rahmat Allah itu disangka hanya datang dalam bentuk kesenangan seperti kekayaan, kejayaan dalam peperiksaan, dapat bersama di sisi keluarga dan sebagainya. Alangkah dangkalnya kefahaman tentang kasih sayang Allah pada waktu itu. Disangkanya semua itu adalah punca kebahagiaan. Sedangkan bahagia itu datang dari Allah bukan dari makhlukNya dan jauh sekali dalam bentuk material.

Sungguh, rahmat Allah itu sungguh luas. Tidak akan tercapai oleh akal manusia yang serba lemah ini kerana Dia jualah yang Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat. Segala yang terjadi ada hikmahnya. Siapalah kita untuk mempersoalkan ketentuanNya.

"Hai jama’ah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, Maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman : 33-34)

"Apakah (pantas) Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Maha halus, Maha Mengetahui." (Sural al-Mulk : 14)

Ramai yang mengaku dirinya beriman tetapi apabila diuji sedikit dengan kesenangan mahupun kesusahan, mulalah dia lupa akan asal-usulnya dan yang paling penting lupalah juga dia bahawa dunia ini hanya sementara. Tenggelamlah dia dalam tipu daya dunia ini.

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. ” (Surah Al-Ankabut : 2,3)

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?.” (Surah Ali-Imran : 142)

Telah menjadi sebahagian daripada lumrah hidup, manusia sering disakiti oleh manusia di sekelilingnya. Ada yang dijadikan sebagai bahan tawa, dihina dan dicaci, difitnah dan sebagainya. Kadangkala terasa bahawa hidup tidak lagi bererti. Bangkitlah wahai diri, sedarlah bahawa itu juga salah satu bentuk kasih sayang Allah terhadap kita. Sedarlah kita bahawa Allah inginkan hambanya untuk kembali kepadaNya. Dia sentiasa rindu pada rintihan hamba-hambaNya yang beriman. Kembalilah kita kepadanya. Hentikanlah kebergantungan kita kepada makhluk yang akan mati dan sandarkan harapan kita pada Allah yang kekal selamanya. Tentunya perasaan sedih dan kecewa akan menghindari sanubari kita.

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Surah al-Fajr : 27-30)

Marilah kita merebut CintaNya dalam kehidupan. Sudah pasti kebahagiaan akan menjadi milik kita baik di dunia mahupun di akhirat. Mari kita bebaskan diri dari gari yang mengikat diri kita dengan dunia dan makhluk jika tidak ingin tergolong dalam kalangan orang yang rugi. Biar kita ditegur oleh Allah di dunia ini asalkan kita terbebas dari azab api neraka. Kadangkala kita hanya akan sedar kita perlu bertindak apabila sensitiviti kita telah disentuh. Kadangkala kita hanya akan berhenti menghina orang lain setelah diri kita dihina. Kadangkala kita hanya akan berasa simpati terhadap orang lain setelah kita ditimpa dengan musibah. Kadangkala kita hanya akan bersyukur apabila nikmat itu ditarik oleh Allah. Maka beruntunglah kita apabila Allah menyedarkan diri kita dari kelalaian melalui musibah. Bertaubatlah kita kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat.

“Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’: ayat 17)

Dengan adanya ujianlah kita dapat merasai kemanisan iman. Betapa indahnya perasaan hati kita apabila bergantung pada Allah. Begitu juga dengan hikmah mengapa manusia tidak terus diberikan syurga dan harus tinggal di dunia sebelum ditentukan tempatnya sama ada syurga atau neraka. Jika kita terus ditempatkan di syurga, kita tidak akan merasai perasaan nikmat yang sama dengan apabila kita telah berjihad di bumi Allah. Sama seperti air sejuk paling nikmat diminum setelah penat lelah melakukan kerja berat.

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Surah al-Ra`d : 28)pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-29064991035962340492011-12-19T05:59:00.000-08:002011-12-19T06:09:46.732-08:00Assalamu'alaikum =D

Maha suci Allah yang memberikan saya kesempatan untuk mencatat sesuatu di sini. Sungguh, terlalu banyak yang ingin dikongsi namun waktu tidak begitu mengizinkan. Sepanjang berlalunya bulan Muharam, banyak majlis-majlis ilmu yang membincangkan tentang hijrah. Secara kesimpulannya, rata-rata membincangkan perkara yang sama apabila menyentuh elemen-elemen yang diperlukan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Antaranya ialah:

1) Niat

2) Ilmu

3) Iltizam

4) Stratergi

5) Pengorbanan

Huraiannya akan dikongsi pada waktu yang lain jika ada kelapangan masa. InsyaAllah..pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-49593851776284992972011-07-29T06:40:00.000-07:002011-07-29T08:29:45.531-07:00Forum Perdana IIAssalamu'alaikum =D

Malam semalam saya menghadiri satu lagi forum perdana di masjid berhampiran. Tajuk kali ini, "Ramadhan; Kedatanganmu dirindui, Pemergianmu ditangisi". Pelbagai pengisian yang menarik dijamahkan kepada jemaah yang hadir. Antara yang menarik perhatian saya ialah bagaimana ahli panel menceritakan bahawa ramadhan adalah bulan untuk merenggangkan hati kita dengan dunia. Setelah 11 bulan membina hubungan akrab dengan dunia, maka Allah turunkan satu bulan di mana kita menjarakkan hubungan kita dengan dunia supaya perasaan cinta kepada dunia tidak terus bermaharajalela di dalam kalbu. Tapi sayang apabila berakhirnya ramadhan, maka segala perubahan dan kebaikan yang kita lakukan ditinggalkan terus dengan begitu sahaja. Kembali kepada keadaan biasa di mana dunia merupakan misi hidup.

“Sesiapa yang menghendaki ( kesenangan hidup ) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa Yang Kami kehendaki ; kemudian Kami sediakan baginya neraka jahannam ( di akhirat kelak ), untuk membakarnya Dalam keadaan Yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.”
(Al-Israk : 18 )

Ahli panel turut menceritakan mengapa ramadhan ini wajar kedatangannya dirindui dan pemergiannya ditangisi. Antara sebab-sebabnya ialah:
1) Ganjaran yang berlipat kali ganda oleh Allah s.w.t. Ini melihat kepada kelebihan puasa dan kelebihan ramadhan itu sendiri.
2) Suasana yang penuh rahmat di mana pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Musuh utama syaitan, turut dibelenggu pada bulan ini.
3) Keampunan yang dijanjikan oleh Allah s.w,t.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah
diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada
mana-mana umat pun sebelum mereka."

1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau
kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah
hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan
mereka akan datang kepadamu."

4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak
akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada
bulan lain.

5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.
Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak!
Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai
kerjanya."

(Riwayat Imam Ahmad)

Selain itu, cara yang terbaik untuk menyambut ramadhan juga dinyatakan, iaitu:
1) Tetapkan niat untuk melakukan kebaikan. Antaranya, tetapkan niat untuk mengkhatamkan al-Quran pada bulan ini.
2) Jadikan bulan ini sebagai titik permulaan bagi segala kebaikan. Perkara-perkara yang kita tidak pernah lakukan sebelum ini, inilah masanya untuk melakukannya sementara syaitan tidak berada di sisi kita.
3) Mengambil segala kesempatan untuk merebut pahala dan ganjaran yang telah Allah sediakan.
4) Jangan sesekali sombong dengan pahala walau sekecil manapun perkara tersebut.

Persoalan tentang mengapa jemaah tarawikh di surau atau masjid paling ramai pada awal ramadhan dan bilangannya yang makin lama, makin sedikit turut dirungkai dalam forum ini. Ahli panel menceritakan bahawa 10 malam terakhir ramadhan yang menjanjikan dijauhkan dari api neraka merupakan tiket yang paling mahal yang boleh kita perolehi. Oleh sebab itu, syaitan akan memastikan supaya manusia tidak memperolehi tiket itu. Maka, inilah yang dikira "win-win situation" di mana syaitan membenarkan manusia mendapatkan 10 malam pertama yang menjanjikan rahmat tetapi memastikan supaya itu sahaja yang terbaik seseorang itu boleh perolehi. Ini adalah situasi apabila dia gagal menghalang manusia untuk melakukan kebaikan dan seterusnya gagal juga untuk menghasut supaya manusia melakukan dengan cara yang salah. Maka, ia menjadi seakan alternatif terakhir supaya manusia itu tidak mendapat ganjaran yang sepenuhnya.

Satu lagi persoalan yang ditimbulkan ialah bagaimana wujudnya perkara-perkara mungkar sedangkan syaitan dibelenggu pada bulan ramadhan. Jawapannya sangat mudah. Ini bermakna syaitan telah berjaya mendidik jiwa manusia untuk terus melakukan kemungkaran walaupun dia tidak berada di sisi kita. Sebelum datangnya ramadhan, pelbagai pesanan telah ditinggalkan kepada manusia supaya senantiasa dekat dengan kemungkaran dan jauh dari kebaikan.

Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.
[Fatir 35:06]

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan selengkapnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
[al-Baqarah 2:208]

Sekali lagi, itu sahaja yang mampu dikongsi dengan daya ingatan yang terbatas. Semoga bermanfaat buat semua.

الَلهمَ بلَغنا رمضان
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
(merupakan doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah menjelang Ramadhan)pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-10883478665281342052011-07-24T07:06:00.000-07:002011-07-25T06:39:41.503-07:00Persediaan Menyambut Ramadhan

Assalamu'alaikum.. =D

Sedang menghitung hari menanti tibanya bulan yang mulia. Dalam kesibukan urusan duniawi, sehingga tak sedar bahawa bulan yang dinanti-nantikan ini semakin hampir. Semoga dipanjangkan umur untuk menyambut 30 hari dengan penuh keberkatan. Baru sahaja pulang daripada forum perdana di masjid yang membincangkan tentang persediaan untuk menyambut Ramadhan. Sebagai konsep, moderator dan ahli panel menyamakan bulan Ramadhan dengan sekolah atau kursus untuk melahirkan graduan yang bertakwa. Ia juga tempat di mana kita mendidik nafsu yang selama ini yang tidak pernah merasa puas.

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( QS AlBaqarah : 183 ).

Ayat perintah di atas telah mewajibkan umat Islam untuk berpuasa pada bulan Ramadhan. Tiga perkataan yang penting, iaitu beriman, puasa dan bertakwa. Dapat kita lihat bahawa objektif puasa adalah untuk melahirkan insan yang bertakwa. Jadi, bagaimanakah caranya? Kita harus melihat persediaan sebelum datangnya lagi bulan Ramadhan. Sebelum ke mana-mana program atau kursus, tentu ada pelbagai persediaan yang kita lakukan. Begitu juga dengan ibadah puasa. Di sini kita dapat bahagikan kepada tiga jenis persediaan iaitu spiritual, kewangan dan ilmu.

1) Persediaan spiritual
Seperti yang kita tahu, bulan Ramadhan adalah tempat untuk mendidik nafsu. Maka, persedian dari segi rohani haruslah diperkuatkan agar mudah bagi kita untuk mendidik nafsu dengan berkesan. Apakah kayu ukur bagi keberkesanan di sini? Apabila perubahan yang baik itu bukan hanya terhad pada bulan Ramadhan sahaja, tapi sehingga akhir hayat kita. Maka, mari kita lihat apakah perubahan yang dapat kita lihat pada bulan Ramadhan di mana kita lakukan apa yang nafsu kita tidak suka.

a) Mengamalkan sunnah
Nafsu kita memang tak suka untuk mengamalkan sunnah. Tapi apa yang kebanyakan kita makan sewaktu berbuka? Buah tamar yang menjadi amalan Nabi.

b) Memanjangkan solat
Kita memang kalau boleh solat nak sesekejap yang boleh. Tapi apabila datangnya Ramadhan, ramai yang sanggup meluangkan masa untuk solat tarawikh yang dilakukan sekurang-kurangnya lapan rakaat. Tambahan pula, kebanyakan imam memanjangkan solat dengan membaca sehingga satu juzu' al-Quran dalam tarawikh.

c) Membaca al-Quran
Pada bulan-bulan lain, sukar untuk kita memperbanyakkan bacaan al-Quran. Tapi pada bulan Ramadhan ramai yang berlumba-lumba mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh 30 hari tersebut. Ditambah pula dengan program-program seperti tilawah al-Quran yang dianjurkan oleh pihak masjid atau surau.

d) Bangun malam
Pada malam Ramadhan sangatlah digalakkan untuk qiamullail terutamanya pada 10 malam terakhir. Ramai yang selama ini tidak pernah bangun malam, tapi apabila datangnya Ramadhan terdetik pada hati mereka untuk melakukan sedemikian.

Oleh itu, kekuatan rohani haruslah ada untuk melakukan perkara-perkara ini supaya nafsu kita terdidik walaupun setelah Ramadhan meninggalkan kita.

2) Persediaan ilmu
Syarat untuk sesuatu ibadah membuahkan hasil yang sepatutnya, ia perlulah didahului dengan ilmu. Ilmu penting bagi melahirkan kefahaman dan memastikan apa yang kita lakukan berlandaskan syariat. Jika dibiarkan budaya jahil berleluasa, kita dapat lihat masyarakat hari ini melakukan perkara yang bercanggah dengan syara' walaupun niatnya baik. Maka sebelum menghadapi bulan Ramadhan, ilmu yang berkaitan dengan ibadah-ibadah dalam bulan ini harulah dikuasai terlebih dahulu.

“Maka ilmuilah (ketahuilah)! Bahwasanya tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu.” (QS. Muhammad [47]: 19)

Dalam ayat ini, Allah memulai dengan ‘ilmuilah’ lalu mengatakan ‘mohonlah ampun’. Ilmuilah yang dimaksudkan adalah perintah untuk berilmu terlebih dahulu, sedangkan ‘mohonlah ampun’ adalah amalan. Ini pertanda bahwa ilmu hendaklah lebih dahulu sebelum amal perbuatan.

3) Persediaan kewangan
Untuk mebudayakan amalan bersedekah, eloklah kalau dimulakan pada bulan yang penuh barakah ini. Sediakanlah bajet yang sesuai untuk menyumbang kepada mereka yang kurang bernasib baik. Selain itu, jangan lupa untuk memberikan sumbangan kepada pihak masjid atau surau berhampiran dengan tempat tinggal anda supaya program-program mengimarahkan bulan Ramadhan dapat dijalankan dengan jayanya. Ini penting supaya kita mendapat keberkatan pada harta kita dan bulan yang mulia ini dapat kita jalani dengan penuh rahmat daripadaNya. Tidak adil bukan jika kita semua sanggup menghabiskan wang untuk menyambut aidilfitri tetapi lokek untuk bersedekah pada bulan Ramadhan yang menjanjikan ganjaran yang besar.

Sekolah Ramadhan ini terdiri daripada tiga semester. 10 hari pertama yang penuh rahmat, 10 hari kedua yang penuh dengan keampunan dan 10 hari terakhir di mana dijauhkan daripada api neraka. Mari kita manfaatkan ketiga-tiga tempoh ini dengan pelaburan yang berbaloi. Biar apabila buku pelaburan tersebut kita buka pada hari akhirat, ia menunjukkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Ramai yang melakukan amalan yang tampak ukhrawi, tapi apabila dicari amalan tersebut pada hari akhirat tidak dijumpai amal-amal tersebut kerana tiada penghayatan dalam ibadah tersebut. Ada pula yang melakukan perkara yang tampak duniawi, tapi membawa kepada ganjaran yang hebat pada hari akhirat kerana adanya penghayatan pada amalan tersebut. Oleh itu, sebelum saya mengakhiri perkongsian ini mari kita lihat apakah syarat-syarat ikhlas supaya amal ibadah kita diterima Allah S.W.T.

1)Khauf: Perasaan gentar dan takut kepada Allah.
2)Mahabbah: Perasaan cinta dan kasih kepada Allah.
3)Raja': Perasaan mengharap kepada Allah. Mengharap supaya Allah memandang amalannya dengan penuh kasih sayang.
4) Tawakkal: Berserah sepenuhnya kepada Allah akan apa pun balasan yang akan diterima.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menerima apa-apa amalan melainkan amalan yang dilakukan khas untuknya dan diharapkan supaya Allah memperkenankannya” (Riwayat An-Nasai melalui Abu Umamah)

Itu sahaja yang dapat dikongsi dengan daya ingatan yang terhad ini. Banyak lagi ilmu yang telah disampaikan oleh ahli panel pada malam ini. Supaya ilmu yang dikongsi bersama ini bermanfaat buat semua, InsyaAllah. Selamat menyambut bulan Ramadhan buat semua. Ahlan wasahlan ya Ramadhan.pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-2526976734614300342011-06-05T06:00:00.000-07:002011-06-05T08:55:55.904-07:00Sebongkah Batu di Kuala BerangAssalamu'alaikum =D

Alhamdulillah, berjaya menghabiskan sebuah buku pada hari ini. Buku yang bertajuk SEBONGKAH BATU DI KUALA BERANG karya Faisal Tehrani ini sarat dengan info dan mesej tentang teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu dan industri hiburan. Terdapat banyak kritikan tentang industri hiburan yang tidak mendidik masyarakat dijadikan elemen penting dalam isi kandungan buku ini. Ia disampaikan melalui watak-watak yang berlatar belakangkan institut Akademi Seni Islam.

"Karyawan filem kita yang terlibat dalam dunia cereka visual amatlah kurang bertindak sebagai pendidik dan humanis berperibadi unggul. Jauh lagi, pembikin filem kita bukan sama sekali ilmuwan yang mahu membangkitkan kesedaran masyarakat yang mungkin leka dan alpa."

Dinyatakan juga bahawa seni patut dijadikan sebagai wadah untuk berdakwah kepada masyarakat atau disebut sebagai tsaqafi memandangkan unsur senilah yang menjadi elimen yang paling dekat dengan masyarakat. Seni yang digarap dalam budaya masyarakat kita sudah terlalu kuat dipengaruhi oleh Hollywood sehingga remaja kita dibentuk melalui acuan barat yang sama sekali bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Islam.

"Ya, kerana anak muda kita sebagai misalan malas ke masjid, tidak rapat dengan madrasah dan sebagainya, dalam keadaan dunia pendidikan kita yang cacamarba kerana kepentingan ahli politik dan pemerintah, remaja kita hanya kenal media seni. Jadi kita kena kuasai media ini. Filem misalnya, sebutkan saya filem yang memuatkan seruan Islam secara berilmu? Kita mungkin ada banyak karya sastera tetapi tunjukkan saya berapa banyak filem yang kita ada untuk saingi propaganda Hollywood?"

Novel ini memuatkan pelbagai pendapat dalam teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Fakta-fakta yang menguatkan lagi hujah yang dibawa oleh watak-watak diperoleh daripada sumber tempatan dan juga barat. Ia seakan mengajak kita supaya menghargai kedatangan Islam melalui budaya dan warisan yang telah dibawa ke Tanah Melayu bersama-sama Islam dan tidak terlalu mengagung-agungkan budaya barat yang tampak gah pada mata masyarakat dunia. Teori tentang budaya juga banyak diselitkan dalam novel ini. Antaranya ialah;

"Saya mahu menitipkan di sini pesan Melville J Herskovits yang menulis The Reality of Culture, di mana beliau menekankan tiga noktah penting dalam budaya. Pertama, dalam pengalaman manusia, budaya itu universal tapi manifestasinya lokal. Kedua, budaya itu stabil tetapi dinamik. Manifestasinya pula berterusan sementara noktah yang paling penting dalam budaya itu mengisi dan menentukan sebahagian besar sisi kehidupan kita tanpa perlu mencampuri fikiran secara sedar. Islam tsaqafi mahu satu pendekatan agama dengan wawasan budaya, atau budaya yang bernafaskan agama ditegakkan kembali sebagai kekuatan rantau kita ini."

Selain itu, sikap masyarakat yang terlalu gemar menghukum dan melabel orang lain tanpa memberi peluang kepada orang itu untuk tahu apa yang tidak diketahuinya turut disentuh. Apa gunanya fungsi dakwah yang diajar oleh baginda Rasulullah s.a.w kepada umatnya sekiranya kita terus menghukum dan bukannya mengajak ke arah kebenaran. Akan bertambah ramai lagilah golongan yang jahil sekiranya sikap ini diteruskan.pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-26146493690162734962011-05-23T06:04:00.000-07:002011-05-23T07:21:11.726-07:00DebatAssalamu'alaikum..:)

Alhamdulillah, akhirnya habis menduduki 24 kertas peperiksaan. Kalau disamakan menulis dengan berlari, memang semput menjawab soalan.Anaerobik respiration telah berlaku dan lactic acid dihasilkan dan terus menyebabkan kesakitan pada otot-otot. Begitulah keadaan saya. Belum sempat merehatkan diri, sudah harus mula buat persiapan untuk pertandingan debat yang akan saya sertai tidak lama lagi. Tapi saya masih bersyukur kerana waktu yang sibuk itu merupakan waktu di mana waktu kita dimanfaatkan dengan sepenuhnya dan dapat menjauhkan diri kita daripada perkara-perkara yang lalai, insyaAllah.

Petang tadi semasa perbincangan dengan ahli kumpulan saya untuk debat bahasa Inggeris, kami lari daripada fokus. Topik telahpun ditukar menjadi isu peribadi. Maklumlah, semuanya perempuan. Mereka yang merupakan junior saya mengadu tentang masalah persahabatan yang mereka hadapi. Secara umumnya, masalah mereka ialah apabila sebuah persahabatan yang telah lama dibina tidak lagi kukuh dan tidak pula membina ke arah yang lebih baik.

Bagaiman apabila sahabat tidak lagi menghargai antara satu sama lain.Bagi masalah ini, pada pendapat saya mereka harus bersahabat dengan lebih ramai orang. Apabila kita hanya berada dalam satu kelompok yang kecil, kita mungkin tidak nampak kelebihan yang ada dalam kelompok kecil itu sendiri. Bila kita luaskan perhubungan kita, kita akan lebih memahami pelbagai ragam manusia dan daripada situlah kita akan mengetahui bahawa tidak semua orang boleh menerima sesuatu sikap yang ada pada diri kita meskipun ianya sikap yang baik. Hanya insan-insan yang istimewa yang berada di samping kita sahaja yang dapat menerimanya dan lebih baik, memperbaiki sifat buruk kita itu. Oleh itu, kita mestilah menghargai mereka yang berada di sisi kita saat suka dan duka. Bersahabatlah kerana mengharapkan kasih daripada Allah kerana daripadaNya sahaja sumber kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat kelak..

Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai umat manusia. Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Surah al-Hujurat, ayat 13)pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-61309775159640065692011-04-10T05:46:00.000-07:002011-04-10T07:40:16.013-07:00Lebih dari ituAssalamu'alaikum.. =D

Saya memang tidak berapa gemar musim peperiksaan. Bukan kerana terpaksa mengulangkaji pelajaran, tetapi kerana penat menulis. Banyak betul yang perlu ditulis dalam kertas jawapan. Jujur saya katakan sebelum ini saya agak memandang rendah kepentingan peperiksaan formal. Bagi saya ia hanya menekankan kefahaman kita pada fakta mata pelajaran tertentu semata-mata. Tidak lebih daripada itu.

Kini, pandangan saya terhadap peperiksaan formal telah berubah. Saya mula menyedari bahawa ia mengajar kita lebih daripada sekadar mengeluarkan fakta. Sebenarnya ia juga mengajar dan melatih kita tentang kehidupan dalam lingkungan yang lebih luas. Antaranya ialah ia mengajar kita bagaimana untuk mengurus masa dengan baik. Tentu sahaja dalam peperiksaan kita diberi jangka masa yang telahpun ditetapkan yang memerlukan kita untuk menjawab kesemua soalan dalam tempoh tersebut. Bukan dalam peperiksaan sahaja kita perlu mengurus masa supaya dapat menjawab kesemua soalan dengan baik, bahkan pengurusan masa merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Jika kita gagal menguruskan masa, maka kita juga gagal mengurus kehidupan kita.Kita perlu ingat bahawa perkara yang paling jauh dengan kita ialah masa lalu yang tak akan dapat kita sampai ke sana.

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.Yang berpesan-pesan dengan kebenaran. Dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran.”(Surah al-Asr)

Selain itu, kita juga dapat belajar tentang kepentingan membuat perancangan terutamanya ketika menjawab soalan berbentuk esei. Jika kita ingin menulis sebanyak 1000 patah perkataan, tentu kita perlu mengeluarkan isi-isi penting supaya tidak 'blank' ketika menulis jawapan. Begitu juga dalam kehidupan kita. Kita perlulah membuat perancangan supaya tidak terpesong dari matlamat. Seterusnya cara kita menjawab dengan mendahulukan isi-isi penting kemudian disertai dengan isi-isi sampingan seterusnya huraian turut mengajar kita sesuatu. Ia sebenarnya mengajar kita mendahulukan perkara-perkara yang penting dalam kehidupan kita tanpa meninggalkan perkara-perkara sampingan yang akan menyempurnakan lagi kehidupan kita seperti mana isi sampingan dan huraian menyokong dan menguatkan lagi isi penting.

Ketiga, dan paling penting ialah menjawab kehendak soalan dengan tepat dan kepentingan mengikut format. Menjawab kehendak soalan merupakan bahagian paling penting dalam menjawab peperiksaan. Jawapan kita haruslah merujuk kepada matlamat soalan dan kehidupan kita di dunia ini haruslah sejajar dengan matlamat atau sebab kita diciptakanNya. Saya pernah dengar ungkapan bahawa kehidupan ini tidak mempunyai arahan dan arah tuju, kita yang menentukan bagaimana kita hendak menghadapinya. Bukankah telah jelas bahawa sebagai umat Islam, kita telah ditinggalkann dengan panduan hidup yang lengkap iaitu al-Quran dan as-Sunnah dan bukankah matlamat hidup kita ialah untuk mencapai keredhanNya? Maka, dalam setiap perkara yang kita lakukan, pastikan dengan melakukan sedemikian kita akan memperoleh keredhan Allah S.W.T insyaAllah.

"Wahai Ahli Kitab! Sungguh, rasul kami telah datang kepadamu, menjelaskan (syariat kami) kepadamu ketika terputus (pengiriman rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan, "tidak ada yang datang kepada kami seorang pembawa berita gembira mahupun seorang pemberi peringatan." Sungguh, telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Dan Allah Mahakuasa atas segala sesuatu." (Surah al-Maidah:19)

"Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali utk beribadat kepada-Ku".
(Surah Azzariayat:56).

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (HR Malik bin Anas)

Dalam peperiksaan, saya sering kehilangan markah yang banyak kerana gagal mengikut format yang ditetapkan walaupun jawapan saya sebenarnya betul. Kehidupan juga mempunyai format yang perlu dipatuhi iaitu syariat yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Sering kali kita dengar seseorang melakukan sesuatu perkara yang haram di sisi Islam dengan menggunakan alasan bahawa niat dan matlamat mereka baik. Tidakkah mereka tahu bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. Sayang bukan, niat yang murni dicemari oleh pelaksanaan yang tidak syar'i. Oleh itu, selaraskanlah niat kita dengan tindakan yang berlandaskan syariat.

Saya hanya sentuh sewaktu proses menjawab soalan, belum lagi proses sebelum dan selepas peperiksaan. Nasihat kepada semua terutamanya diri sendiri, jangan sempitkan minda dengan memandang sesuatu perkara itu dari satu sudut sahaja. Luaskan pemikiran supaya segala sesuatu itu dapat memberikan kebaikan kepada diri kita dan orang lain di sekeliling kita.pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-75153278443442233882011-04-01T06:27:00.000-07:002011-04-01T06:40:31.893-07:00Sekali lagi, Bulan Kesedaran AutismaAssalamu'alaikum..

Post ini ada kaitan dengan post ini. Di situ saya ada nyatakan tentang sahabat saya yang menghidap autisma. Tidak lama selepas itu, saya dikhabarkan dengan berita kematiannya yang saya nyatakan di sini. Harap sesiapa yang membaca dapat bersama-sama menghadiahkan al-Fatihah untuk arwah.pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-18614969972675295802011-03-15T08:20:00.000-07:002011-03-15T09:37:02.190-07:00Jangan berputus asaAssalamu'alaikum..

Pada 25 sehingga 26 februari, saya telah menyertai sebuah kem ibadah (mukhayyam tarbawi) sebagai seorang fasilitator. Temanya ialah Asma' Allah dan setiap kumpulan telah diberikan 10 nama-nama Allah untuk dibincangkan dalam usrah. Kumpulan saya membincangkan 10 nama terawal dalam 99 Asma'ul Husna. Saya lebih menekankan kepada sifat Allah yang Ar-Rahim. Antara kisah yang saya kongsikan bersama ahli usrah saya adalah sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang guru saya. Kisahnya;

Salah seorang pensyarah guru saya mempunyai seorang isteri yang bertugas sebagai peguam syariah. Klien peguam tersebut sangat runsing kerana kesnya tidak selesai-selesai walaupun sudah lama dibicarakan. Maka, atas sebab rasa kasih terhadap saudara seakidahnya itu, beliau pun mendekati kliennya untuk berkongsi sebuah doa. Doa yang dimaksudkan di sini ialah potongan surah Al-Qasas ayat 24.

Beliau menyapa dengan mengatakan "Sabarlah kak, banyak-banyakkan berdoa.". Kemudian wanita itu pun menjawab, "Akak dah puas dah berdoa. Tapi tak jadi apa-apa pun.". Sebaik sahaja mendengar jawapan wanita itu, peguam tadi pun terus lupa doa yang ingin dikongsi bersama kliennya. Walau setelah bersungguh-sungguh untuk mengingati doa tersebut, beliau gagal.

Akhirnya beliau pulang ke rumah dan bertanyakan doa itu kepada suaminya. Setelah dinyatakan oleh suaminya, barulah beliau ingat kembali akan doa tersebut.

Ingin dinyatakan di sini, sikap wanita tersebut yang berputus asa untuk berdoa kepada Allah menunjukkan bahawa dia berputus asa terhadap rahmat Allah. Maka Allah telah menutup pintu rahmat-Nya ke atas wanita tersebut. Mungkin sahaja jika doa itu dapat dikongsikan bersama wanita tersebut dan dia mengamalkannya, insyaAllah urusannya dipermudahkan Allah.

“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 12.

Setiap manusia tidak akan lepas daripada menerima ujian daripada Allah sama ada sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besar ujian. Allah tidak akan membebani hambanya di luar kemampuan hambanya. Sepatutnya ujian yang kita hadapi dapat membawa diri kita lebih dekat dengan Allah dan bukan pula sebaliknya.

"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (dalam keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)

"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)

“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya maka Aku mengingati dia di dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-43231381031331763422011-02-15T02:19:00.000-08:002011-02-18T07:16:28.665-08:00ku damba cintamuAssalamu'alaikum..

Pada hari ini saya meluangkan masa saya membaca sebuah buku baru terbitan PTS. Sungguh, memang saya mendambakan cintanya. Tapi layakkah diri yang hina ini untuk mendapatkan cintanya?

Pasti kita semua tahu betapa besarnya rasa cinta baginda Rasullah s.a.w kepada umatnya. Waktu hidupnya, baginda berkorban untuk menyampaikan Islam kepada ummatnya yang amat dicintai. Di hujung hayatnya baginda masih ingat akan ummatnya. Bahkan sekarang, sehingga hari kiamat sekalipun kasihnya kepada ummatnya tidak pernah luntur.

Tetapi kasihkah kita pada baginda? Apa perasaan anda jika insan yang paling anda sayangi, yang anda sanggup berkorban untuknya tetapi dia tidak menghargai kasih anda apatah lagi membalasnya? Cukupkah kita dengan hanya sekadar menyebut-nyebut nama baginda tetapi tidak mengamalkan sunnahnya dan meneruskan perjuangannya dalam menyebarkan nikmat Islam kepada sekalian manusia?

Nabi berkata, " Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku ini, iaitu nabi Muhammad kasih kepada dirinya melebihi kasih dari keluarga, harta dan manusia semuanya."
(Riwayat Muslim)

Ibn Hajar al-Asqalani memberi ulasan tentang hadis yang maksudnya hampir sama dengan hadis di atas. Pengarang buku al-Mufhim berkata, "Ada orang yang membesarkan orang lain tetapi hatinya kosong dari mencintainya. Justeru, membesarkan seseorang tidak bererti kasih kepadnya. Apabila tidak ada kecenderungan dalam hatinya mengasihi nabi, imannya tidak sempurna."

Antara cara untuk menimbulkan rasa kasih kepada Rasulullah s.a.w adalah dengan menghayati al-Quran dan sunnah. Nabi tidak meninggalkan ummatnya harta yang bertimbun tetapi Nabi meninggalkan al-Quran dan sunnah buat kita yang menjadi pembimbing sepanjang zaman. Selagi ada al-Quran dan sunnah, nabi terus menjadi saksi sama ada atas kelakuan baik ataupun kelakuan jahat manusia.

Nabi sudahpun menyampaikan kepada kita. Kita perlu menerima, beriman dan membenarkannya.

Apabila rasul-rasul dan umat manusia bertelingkah di hadapan Allah di padang Mahsyar kelak, sebahagian umat medustakan rasul-rasul mereka.

Mereka berkata "Tidak pernah seorang pemberi amaran pun yang datang kepada kami."

Rasul menjawab, "Kami sudah sampaikan kebenaran dan amaran kepada mereka."

Allah berkata, "Siapa menjadi saksi kamu?" Para Rasul menjawab, "Muhammad dan ummatnya."

Umat Muhammad datang dan menjadi saksi para rasul menyampaikan.

Allah berkata, "Bagaimana kamu tahu?"

Umat Muhammad menjawab, "Nabi kami memberitahu para rasul menyampaikan. Lantas kami membenarkan."

(Riwayat Bukhari)

Sekuat manakah cinta kita kepada baginda? Mahukah baginda menerima kita sebagai ummatnya? Ya Rasulullah, semoga pada hari di mana aku memerlukan syafaatmu, engkau menerimaku sebagai umatmu dan menyambutku dengan senyuman, dengan penuh rasa kasih. Wahai kekasih Allah, sesungguhnya aku amat merinduimu. Wahai cahaya di atas cahaya, semoga dengan bimbinganmu aku dapat melepaskan diri dari permainan dunia yang penuh dengan helah yang licik. Wahai pembawa rahmat, semoga aku dapat menjadi umatmu yang terbaik dan berjaya mendapat cintamu seterusnya mencapai redhaNya.

Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai manifestasi cinta kita kepada baginda.pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-37310862039107195722011-01-15T06:55:00.000-08:002011-01-15T07:58:55.251-08:00Sebuah PerjalananAssalamu'alaikum..

Saya mempunyai seorang bapa saudara yang sangat minat membaca. Sewaktu beliau bertandang di rumah saya, saya menunjukkannya buku-buku yang saya baca. Beliau bertanya apa yang saya suka tentang buku-buku tersebut. Maka saya jawab kerana ceritanya yang menarik dan diselit dengan fakta-fakta yang berguna. Kemudian beliau memberikan komentar yang mengubah penilaian saya terhadap sesuatu bahan bacaan. Katanya;

"Penggunaan bahasa dan jalan cerita hanyalah sebagai satu alat untuk membawa pembaca kepada mesej dan idea yang ingin disampaikan oleh penulis. Jalan cerita merupakan satu perjalanan menuju ke satu destinasi yang ingin dibawa oleh penulis. Dengan mengamati sesuatu karya juga kita dapat memahami pemikiran si penulis. "

Saya pernah tertanya-tanya kenapa beliau gemar membaca karya-karya sastera inggeris. Sekarang baru saya faham bahawa ianya salah satu cara untuk memahami cara orang-orang barat berfikir. Mengapa kita habiskan masa untuk membaca sebuah karya hanya untuk mengetahui sebuah cerita sedangkan kita boleh dapat lebih daripada itu. Carannya adalah dengan membawa pemikiran kita ke tahap yang lebih tinggi.

Untuk menambahkan lagi pemahaman saya, saya telah membaca sebuah karya sasterawan negara Shahnon Ahmad yang bertajuk KESASTERAWANAN: KEPOLITIKAN KEALAMAN KEDIRIAN KEMANUSIAAN. Buku ini sangat menarik kerana ianya ditulis secara spontan untuk menerangkan tentang bidang kesasterawanan. Antara isi yang menarik perhatian saya ialah:

"Kesasterawanan sinonim dengan kehalusan, baik kehalusan jalinan kisah manusia dan kemanusiaannya, mahupun kehalusan wawasannya."

"Dalam alam kesasterawanan yang besar, wawasan bukan sahaja indah dan halus tersifat dalam jalinan-jalinan kerahsiaan perwatakan yang canggih dan pelbagai, bukan sahaja terpendam jauh ke dalam lubuk-lubuk kisah yang berbelit dan perlu diterokai dan dipugar sedalam-dalamnya untuk menghayatinya tetapi juga kadang-kadang menuntut daya kekuatan yang luar biasa untuk menjenguk wawasan yang wujud sedemikian rupa. Dia tidak ada kalau dilihat sekali imbas dengan daya persepsi yang tohor tetapi dia ada bila persepsi itu digabungkan dengan analisis yang kritis serta mengorek maknanya melalui simbol-simbol yang kadang-kadang begitu personal sifatnya. Wawasan itu pula tidak wujud dalam ketulan-ketulan yang pejal dan berdaging seperti masaknya yang terhidang tetapi ianya cuma boleh dirasa sesudah menjamah, mengunyah dan menelannya, malah kadang-kadang lama sudah melalui proses pengunyahan, penelanan itulah baru terasa keberkesanan keindahan dan kebenarannya kerana wawasan itu menjerap masuk ke dalam darah yang mengalir melalui urat saraf dalam tubuh dan muncul dalam pemikiran dan emosi kemudian."

Saya juga pernah diajar oleh guru saya bahawa dalam sesebuah karya terdapat banyak elemen tetapi di penghujungnya kita akan dapat sesuatu yang lain. Sebagai contoh kek mengandungi bahan-bahan seperti tepung, telur dan gula tetapi apabila kek itu dimakan rasanya langsung tidak sama dengan memakan tepung sahaja atau telur sahaja atau gula sahaja. Sebaliknya bahan-bahan tersebut telah teradun dan menghasilkan satu rasa yang sememangnya berbeza.

Kesimpulannya, setiap kali menjamah sesuatu karya hayatilah setiap elemen dan adun elemen-elemen tersebut menggunakan akal supaya kita dapat sampai ke destinasi yang ingin dibawa oleh penulis.pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-86517457576181306142010-11-10T05:29:00.000-08:002010-11-18T07:36:21.232-08:00Mencari Kesempurnaan AkhlakAkhlak ialah perbuatan, perkataan, dan tingkah laku yang elok serta indah berpandukan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Islam dan akhlak yang mulia sememangnya tidak dapat dipisahkan. Rasululluh s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia. Ini bermakna akhlak yang baik itu penting dalam usaha mencapai kesempurnaan iman. Iman seseorang itu bergantung sejauh mana penghayatannya terhadap akhlak yang mulia.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi SAW bersabda : Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling banyak berbuat baik kepada isterinya.

Akhlak yang baik dapat menjaga hubungan manusia dengan penciptanya dan hubungan sesama manusia. Sebagai agama yang syumul, Allah s.w.t telah menetapkan adab-adab yang perlu kita patuhi dalam setiap aspek kehidupan seharian kita melalui Al-Quran dan sunnah . Terdapat pada Rasululluh s.a.w itu contoh yang terbaik buat kita.

Sesungguhnya, bagi kamu diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah "
(Surah al-ahzab ayat 21)

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.

Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung
(QS al-Qalam ayat 4)

Dr.Danial Zainal Abidin dalam bukunya “Tip-tip Cemerlang Daripada Quran” mengatakan bahawa tanpa akhlak dan budi pekerti, tidak akan ada kecermerlangan dan akhlak yang tinggi menjadi kekuatan yang penting dalam dakwah nabi. Dalam buku yang sama, Dr.Danial Zainal Abidin turut menyatakan cara-cara membentuk akhlak.

"Bagaimana Membentuk Akhlak?

Ramai orang gagal memperbaiki akhlak mereka kerana mereka tidak mengenali kelemahan diri sendiri. Mereka sering terpedaya dengan diri sendiri dengan merasakan akhlak mereka sudah cukup baik. Di dalam Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali, dalam bab Latihan Jiwa, Permurnian Akhlak dan Pengubatan Penyakit Hati, mengutarakan beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi mengubah akhlak individu.
1. Berguru dengan guru yang mampu mendidik kita. Guru itu mestilah seorang yang bersih hatinya dan mantap agamanya. Beliau mampu melihat kelemahan yang ada pada diri kita dan mampu memberikan petunjuk berkaitan dengan cara memperbaiki diri dan mengubati kelemahan itu.

2. Berkawan dengan seorang yang baik serta mantap agamanya. Sahabat kita itu dapat membantu kita bagi memperbaiki akhlak dan kita perlu menerima teguran ikhlas daripadanya. Inilah jalan yang pernah dilalui oleh tokoh-tokoh Islam sebelum ini. Sahabat Omar bin Khattab pernah bertanya kepada Salman Farisi, "Apakah kelemahan yang kamu ketahui tentang diriku?" Sahabat Salman terus menyebutkan dua kelemahan yang ada pada Omar dan Omar menerimanya dengan baik. Mengikut laporan yang lain, Omar pernah bertanya kepada Huzaifah, "Adakah kamu nampak dalam diriku tanda-tanda kemunafikan?" Sahabat Huzaifah berkata, "Tidak ada." Begitu;ah caranya sahabat-sahabat nabi bersahabat.

3. Memaafkan komen-komen negatif daripada musuh. Sepatutnya, manusia lebih banyak memaafkan komen musuh yang menceritakan berkenaan kekurangan dirinya daripada mendengar puji-pujian kawan yang mahu mengampunya. Individu-individu biasa menganggap komen-komen musuh sebagai pandangan yang tidak bernilai. Sebaliknya, individu-individu yang tajam mata hatinya suka mengambil manfaat daripada komen-komen itu.

4. Mengambil iktibar daripada kelemahan orang lain. Dalam pergaulan, kadangkala kita akan melihat perangai dan sifat negetif orang lain. Pada masa itu, kita perlu menjadikan kelemahan orang itu sebagai kelemahan kita yang perlu kita perbaiki. Jadikan orang lain sebagai cermin diri kita kerana orang mukmin itu cermin bagi mukmin lain. Nabi Isa pernah ditanya, "Siapakah yang medidik engkau?" Nabi Isa menjawab, "Aku melihat orang bodoh dengan kebodohannya dan (aku mendidik diri) dengan menjauhi kebodohan itu." "

Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa dikehendaki oleh Allah kepadanya kebajikan, nescaya dianugerahiNya kepadanya teman yang baik. Kalau ia lupa, maka teman itu akan memperingatinya. Dan jikalau ia teringat, maka teman itu yang akan menolongnya.”

Nabi s.a.w. bersabda: “ Dua orang bersaudara itu, apabila berjumpa, adalah seumpama dua tangan, yang satu membasuh yang lain. Dan tidaklah sekali-kali dua orang mu’min itu bertemu melainkan diberi faedah oleh Allah dengan kebajikan akan salah seorang dari keduanya dari temannya.”

Nabi s.a.w. bersabda: “ Hai Abu Hurairah! Haruslah engkau berbaik budi.”
Lalu Abu Hurairah ra. bertanya: " Bagaimanakah budi yang baik itu, wahai Rasulullah?"
Nabi s.a.w. menjawab: " Engkau menyambung silaturrahim dengan orang yang memutuskannya dengan engkau, engkau memaafkan orang yang berbuat zalim dengan engkau dan engkau memberikan kepada orang yang tidak mahu memberikan kepada engkau"

sumber:
1) sini
2) Ihya Ulumuddin,Imam al-Ghazalipencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-3162770149144924192010-10-15T08:00:00.002-07:002010-10-16T04:20:51.564-07:00Bumi AsingHidup di atas bumi asing lebih sukar dari yang dijangka. Layanan yang diterima bagaikan diri ini melukut di tepi gantang. Kehadiran yang langsung tidak bererti.
Perasaan putus asa setiap hari menjenguk diri ini seperti sahabat karib yang tidak pernah lupa akan diri ini. Ingin sahaja diriku pergi jauh meninggalkan bumi asing ini. Tetapi kumengemerti bahawa tuhan tak meletakkan diriku di sini semata-mata untuk merasa hiba. Semata-mata untuk mendendangkan irama melankoli. Tentu sahaja Tuhan merencanakan yang lebih baik buatku.
Diri ini pasti bahawa beradanya dia di sini untuk lebih dekat denganNya. Supaya tidak mudah ditipu helah dunia yang sering sahaja menggoda. Supaya lahirnya jiwa yang kuat meskipun terpaksa berada di samping jiwa-jiwa yang kecil.
Manusia tidak lagi menjadi sahabat tatkala perasaan gundah gulana hadir. Mereka lebih senang menjadi api di dalam bilik kecil yang dipenuhi minyak tanah. Mujur sahaja kutemui sahabat baru yang tidak pernah meninggalkan diri ini selagi diriku tidak melupakannya.
Sahabat itulah yang memberikan metode dalam menjalani kehidupan di bumi asing ini. Tidak mungkin jalan itu kutemui tanpa kehadirannya dalam qalbu dan sudah tentu tanpa izin Tuhan. Kerana namanya al-Furqan, dapat aku membezakan antara baik dan buruk. Bukankah hidup adalah tentang membuat pilihan? Kerana sifatnya An-Nur, dapat aku melepaskan diri daripada kegelapan yang membelenggu. Sahabat itulah yang aku pilih untuk mendampingiku di sini dan juga di sana kelak.
Sungguh, bumi asing ini tidak aman dan tidak pula indah. Namun siapa menyangka kebahagiaan itu kutemui di bumi asing ini. Terima kasih Allah atas kurniaanMu. Kumenanti saat pertemuan di hari kelak.pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-79706677654773734212010-10-08T07:19:00.000-07:002010-10-08T09:39:34.868-07:00Suka Apa yang Kita DapatAssalamu'alaikum.. =D

Setelah sekian lama, akhirnya saya dapat mencoretkan sesuatu di teratak yang sudah berhabuk dan dipenuhi sesawang ini. Pernah juga terlintas dalam benak saya untuk berhenti menulis blog oleh kerana sudah terlalu lama blog ini dibiarkan sunyi. Tetapi saya rindu untuk menulis mahupun berkongsi pelbagai maklumat untuk sejajar dengan nama blog ini.

"Kalau tak dapat apa yang kita suka, suka apa yang kita dapat."

Itulah tajuk motivasi pagi di radio IKIM pada pagi tadi. Sayangnya saya tak dapat mengikuti slot tersebut hingga ke penghujungnya. Walaubagaimanapun ia tetap memberi kesan kepada saya. Hidup ini lebih indah sekiranya kita sertakan dengan rasa syukur kepadaNya. Saya teringat selepas PMR, saya bercadang untuk memasuki sekolah impian saya. Namun akhirnya saya tetap berada di sekolah yang sama. Pada mulanya saya rasa agak terkilan kerana saya telah mengimpikan untuk memasuki sekolah itu sejak mengetahui tentang kewujudan sekolah itu lagi.

Pada tahun berikutnya, sesi persekolahan pun bermula. Saya telah bertemu dengan teman-teman baru. Hadirnya mereka dengan azam untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. Seorang demi seorang menemui saya untuk meminta bantuan agar mereka dapat berubah. Pada waktu itu saya menyedari bahawa Allah SWT telah menetapkan saya untuk kekal di sini untuk membantu mereka. Tidak dapat saya nafikan bahawa tugas itu tidak mudah. Terutamanya pengaruh-pengaruh buruk yang mendominasi persekitaran kami. Tetapi saya sering diingatkan bahawa menolong agama Allah itu satu amanah buat saya sebagai khalifah di muka bumi ini. Siapa bantu agama allah,maka Allah akan bantu dia.

Masa berlalu dengan pantas. Keadaan menjadi semakin baik. Mungkin tidak 100% namun perubahan yang baik jelas terlihat. Maha suci Allah, segala puji hanya untukNya yang mengurniakan rahmatNya. Semoga saya juga tidak terkecuali untuk berubah menjadi lebih baik. Sering juga saya diingatkan sekiranya kita ingin mengubah seseorang namun usaha kita tidak mendatangkan hasil, mungkin ada faktor lain yang akan mengubahnya. Yang penting kita telahpun berusaha dan berdoa. Untuk hasilnya kita perlulah bertawakal kerana Dia juga yang akan menentukan.

“Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(QS Al-Baqarah Ayat 216)

Sentiasa ingat bahawa aturan Allah SWT merupakan perancanaan yang terbaik buat makhluk-makhlukNya. Qadarnya telahpun ditentukan, cuma menunggu qada'nya sahaja. Marilah kita tingkatkan zikrullah dan rasa syukur supaya hari-hari yang sedang dan bakal kita lalui disinari cahaya keimanan.

"Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"."
(QS Ibrahim ayat 7)pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-76385032309719406242010-10-08T04:45:00.000-07:002010-10-08T04:46:48.316-07:00Gembira yang DicariGembira yang Dicari

Hidup bagaikan sebuah perkelanaan
Diri ini bagaikan seorang musafir
Dalam perjalanan mencari gembira, mencari bahagia.
Seandainya gembira itu dapat digapai
sekiranya seronok itu dapat dicapai
bagaikan berada di puncak ancala bahagia.
Alangkah malang diri itu menyangkakan bertemu oasis
tatkala helah fatamorgana menipu jiwa yang dahaga.

Bumi ini dipenuhi entiti berjiwa kecil
yang mencari gembira dengan langgam kuning,
yang mencari bahagia dengan permainan dunia
di mana semua disediakan oleh musuhnya sendiri
sehingga terhijab pandangannya untuk melihat realiti
iaitu kebenaran yang indah khabar dari rupa
akibat lena dibuai kesenangan yang terzahir.

Adakah nilai gembira itu terletak pada permainan?
yang lambat laun menjemukan
terpaksa ia mencari permainan yang baru
untuk menghiburkan hati yang gersang.
Kepuasan yang dikejar,
semakin hari semakin jauh
walaupun lelah mengejar, namun tidak pernah menghampiri.

Andai saja gembira itu dicari dengan menghargai,
andai saja kepuasan itu dicapai dengan merasa cukup,
andai saja bahagia itu dikejar dengan mengingatiNya
nescaya kepuasan yang hakiki akan dicapainya
bertemulah dia dengan gembira yang dicari.

Zati Hanani
27/9/2010pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-61105333040106895392010-07-18T06:33:00.000-07:002010-07-18T06:38:25.256-07:00Masihkah Kau Bermain Seruling - Zurinah HassanMasihkah kau bermain seruling
walau waktu telah terlewat untuk kita bercinta
aku semakin terasa bersalah
melayani godaan irama
lagu yang tersimpan pada lorong halus buluh
dikeluarkan oleh nafas seniman
diukir oleh bibir
diatur oleh jari
dilayangkan oleh alun angin
menolak ke dasar rasa.

Masihkah kau bermain seruling
ketika kampung semakin sunyi
sawah telah uzur
waktu jadi terlalu mahal
untuk memerhatikan hujan turun
merenung jalur senja
mengutip manik embun
menghidu harum bunga.

Masihkah kau bermain seruling
ketika aku terasa mata bersalah
untuk melayani rasa rindu padamu
di kota yang semakin kusut dan tenat
adik-adikku menganggur dan sakit jiwa
bangsaku dipecahkan oleh politik
saudara diserang bom-bom ganas
dunia sudah terlalu tua dan parah.

Di sinilah berakhirnya percintaan kita
kerana zaman sedang menuntut para seniman
hidup di luar dirinya.

Sajak ini menggunakan gaya percakapan penyair dengan seseorang. Orang yang dimaksudkan di sini ialah seorang yang pandai bermain seruling. Sekali pandang ia seperti sajak percintaan kerana banyak menggunakan perkataan yang lembut dan romantis.
Are you still playing your flute
Are you still playing your flute
when there is no time for our love
I am feeling guilty
to be longing for your song

Tetapi percakapan yang lembut dan romantis dengan pemain seruling itu hanyalah satu cara atau gaya penyair meluahkan segala yang mengganggu fikirannya. Sajak ini bertemakan kemasyarakatan . Keseluruhannya merupakan luahan rasa penyair tentang keadaan masyarakat di negaranya dan antara bangsa yang penuh kemelut dan kacau bilau.
Penyair mengenang sang pemain seruling. Sebenarnya yang dikenang oleh penyair ialah kampong yang sedang tenat.
Are you still playing your flute
in the village so quiet and deserted
amidst the sick rice field

Dia menceritakan tentang keadaan dirinya yang berada di kota…kota yang sakit sedangkan kampong sudah sunyi kerana ditinggalkan oleh anak-anak muda. Apakah pemain seruling itu masih ada di kampong bermain serulingnya? . Ini juga bermaksud adakah sang pemain seruling masih mempertahankan seni dan tradisinya.

Alat musik seruling dipilih kerana inilah alat muzik yang paling dekat dengan alam. Cuma sebatang buluh dan tidak memerlukan teknologi canggih untuk menciptanya. Jadi semuanya balik kpd alam. Balik kepada keaslian.
the melody concealed in the slim hollow of the bamboo
uncovered by the breath of an artist
composed by his lips
arranged by his fingers
blown by the wind
to the depth of my heart

Penyair merasa bersalah untuk melayan rasa rindu kepada pemain seruling itu. Begitulah rasa bersalahnya dia memikirkan sesuatu yang indah seperti seni . Di kota dia sepatutnya sibuk kerana di situ kehidupan berlalu dengan pantas.
while here it has become a luxury
to spend time watching the rain
gazing at the evening rays
collecting dew drops
or sniffing scented flowers.

Seolah-olah dia memberikan masanya kepada perkara-perkara yang remeh sedangkan kehidupan sedang dilanda oleh masalah yang sangat besar. Masalah-masalah ini dipaparkan dalam bait seterusnya. Pada masa itu ramai yang menganggur. Orang-orang kita berpecah belah kerana politik . Dan di merata dunia spt Bosnia dan Palestin, orang Islam sedang diburu oleh bom-bom ganas.

in the hazard of this city
my younger brothers unemployed and desperate
my people thorn by politic
my Muslim friends slaughtered mercilessly
this world is old and badly injured.

Is this the end of our love?
time is forcing us as artists
not to be ourselves.
Ini bukan masa untuk memberi perhatian kepada seni. Ini adalah masa untuk bekerja keras. Apabila seniman tidak dapat melayani kecintaannya kepada seni maka itu seperti mereka dituntut untuk tidak menjadi seniman lagi.

sumberpencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-39696826218144610942010-06-17T05:38:00.000-07:002010-06-17T07:05:28.282-07:00Mengapa bertangguh?Assalamu'alaikum =D

Sabda Rasulullah saw,

ثلاثة يا على لا تؤخرهن : الصلاة إذا أتت , والجنازة إذا حضرت ,
ولأيم إذا وجدت كفؤا

Maksudnya : "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.

Barangsiapa yang mendengar adzan lalu ia tidak memenuhinya, maka tidak ada shalat baginya, kecuali karena udzur.[Dikeluarkan oleh Ibnu Majah, kitab Al-Masajid 793, Ad-Daru Quthni 1/420,421 Ibnu Hibban 2064, Al-Hakim 1/246, dari Ibnu Abbas dengan isnad sesuai syarat Muslim]

Petikan daripada novel Seindah Mawar Berduri karya Fatimah Syarha Mohd Noordin:

"Sementara itu, orang yang membiasakan keadaan hatinya lalai daripada cahaya Allah S.W.T mungkin akan dihukum oleh Allah SWT untuk terus lalai dan jauh dari-Nya, sebagaiman ingatan Allah dalam Al-A'raf(17): ayat 179 yang bermaksud:
"dan janganlah kamu termasuk di antara orang yang lalai...'
Rasulullah S.A.W pula pernah berwasiat, baginda bersabda:
'Janganlah kalian lalai maka kalian akan melupakan rahmat.'
Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada jiwa yang cintakan Allah S.W.T maka bersegeralah untuk melakukannya kerana percayalah bahawa itu lintasan benar dari Allah S.W.T. Lintasan itu merupakan hidayah yang takkan datang selalu. Jarang-jarang jea. Biasanya ianya akan disertai keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah S.W.T akan tarik balik hidayah-Nya itu. Taufiq dari-Nya bukan milik semua orang. Bukan milik orang yang tak bersedia,".............."

The time is always right to do what is right.
Marthin Luther King, Jr.

Ingin jadi lebih baik? Tunggu apa lagi?

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan orang yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka"pencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4235905757282924960.post-51732071714871276292009-12-28T04:44:00.000-08:002010-01-12T07:30:02.822-08:00Tercari-cari Manisnya Iman??
Assalamu'alaikum..=D
Berikut adalah petikan daripada salah satu kitab Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah;

Manisnya iman dalam cinta kepada Allah dan Rasul-Nya

Tidak ada kebaikan dan kenikmatan di hati, selain dengan lebih mencintai Allah dan rasul-Nya dari selain keduanya. Juga menjadikan cintanya kepada selain Allah mengikuti cintanya kepada Allah SWT. Ia hanya mencintai Allah semata, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis sahih,

" Tiga hal, siapa yang memilikinya, maka ia akan merasakan manisnya iman, iaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya dari selain keduanya; orang yang mencintai seseorang hanya kerana Allah; dan orang yang benci kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah darinya, seperti bencinya ia jika dilempar ke neraka."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan bahawa seorang hamba tidak akan menemukan manisnya iman selain dengan menjadikan Allah lebih dicintai dari selain Dia, dan cintanya kepada Rasul-Nya merupakan sebahagian dari cinta kepada-Nya. Cinta kepada seseorang, jika kerana Allah juga merupakan sebahagian dari cinta kepada Allah SWT. Namun jika cintanya kerana selain Allah, maka cinta itu akan mengurangi dan melemahkan cintanya kepada Allah Ta'ala. Sedangkan yang membuktikan kejujuran cinta tersebut adalah membenci sesuatu yang dibenci oleh Sang Kekasih, iaitu kekafiran. Sama kedudukannya seperti dilempar ke neraka. "

Berikut adalah petikan dari buku 'Taman Para Pecinta'. Berdasarkan petikan di atas, jelas betapa pentingnya rasa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Tentu sahaja ramai yang tahu bahawa perasaan cinta merupakan fitrah dalam diri setiap manusia. Apa itu fitrah? Fitrah dari segi bahasa bermaksud semulajadi manakala dari segi istilah pula bermaksud sesuatu yang semulajadi, wujud dalam diri manusia mengikut apa yang terbaik untuk kepentingan manusia itu sendiri.

Allah SWT hanya menetapkan yang terbaik buat kita. Perasaan cinta sepatutnya membawa kebaikan pada kita. Antara perkara baik yang sepatutnya kita dapat dari salah satu fitrah kita iaitu perasaan cinta ialah mendahulukan rasa cinta kepada Allah lebih daripada rasa cinta kepada diri sendiri. Ibnu Qyyim memberi perumpamaan apabila seseorang disuruh memilih antara menjadi kafir atau dicampakkan ke dalam api, di mana ia akan memilih dicampakkan ke dalam api. Mengapa ia dikatakan sesuatu yang baik? Kerana perasaan cinta yang Allah SWT kurniakan sabagai fitrah manusia telah kita gunakan untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta kita. Segala yang kita lakukan semata-mata kerana Dia. Dengan itu, kita dapat menemui jalan yang benar yang dapat membawa kita kepada kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat

Sebaliknya pula apabila perasaan itu disalahgunakan. Dijadikannya alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Ada yang satu langkah ke hadapan untuk mendekatkan diri dengan zina termasuk zina hati. Rasa rindu,kasih dan sayang disalurkan kepada insan yang tidak halal baginya. Jika itulah yang dikatakan indah, bagaimana lagi hendak merasakan indah dan manisnya iman itu. Sesungguhnya dia telah menyekutukan rasa cintanya kepada Allah. Dalam bab yang sama, Ibnu Qayyim mengatakan bahawa siapa yang menyekutukan antara Allah SWT dan selainnya dalam soal cinta ini secara khusus, bererti ia adalah seorang musyrik, orang yang berbuat syirik, yang tidak diampuni oleh Allah. Apabila perasaan itu membawa keburukan kepada kita, maknanya ia bukan lagi dari fitrah kita kerana ia sudah lari dari konsep fitrah yang sepatutnya membawa kebaikan kepada kita. Sebaliknya ia datang dari hawa nafsu dan bisikan syaitan.

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)." (QS Al-Isra', ayat 32)

Selain itu, ada juga yang cintanya kepada dunia melebihi segala-galanya. Sedangkan dunia ini hanyalah sementara dan sekadar permainan dan senda gurau.

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” (QS Al-Ankabut ayat 64)

"Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahannam, ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir."
(QS. al-Isra',ayat 18)

Kesimpulannya, cintailah Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya dan rasailah nikmatnya iman. :Dpencinta bahasahttp://www.blogger.com/profile/08457839152893044862noreply@blogger.com5