Friday, May 29, 2009

malu

Assalamualaikum =D

Alhamdulillah, imtihan sudah pun berlalu dan cuti telah pun bermula. Di sini, saya bukan hendak menceritakan tentang imtihan mahupun cuti. Tapi ingin menceritakan serba sedikit situasi ataupun senario yang saya lihat sejak kebelakangan ini yang sedikit sebanyak membuat saya berasa sedih dan malu.



Senario #1
Sedang saya hendak keluar daripada tandas wanita, bertembung pula dengan dua orang remaja. Salah seorang daripada mereka kelihatan dalam kemarahan dan berkata kepada kawannya "eei, memang %$#@, &%$#, $#*% la dia tu..dia ingat dia siapa!!" katanya dengan nada yang tinggi. Nampaknya nafsu amarah telah merasuk dirinya. Sebelum keluar, dia menumbuk pintu tandas sebanyak beberapa kali lalu menghempas pintu tersebut dengan kuat.

Senario #2
Ada pelajar lelaki yang mempunyai rupa paras yang menarik baru mendaftarkan diri sewaktu musim peperiksaan. Kami diarahkan untuk tunggu di luar sebelum menduduki peperiksaan. Datanglah beberapa orang perempuan ke arah pelajar lelaki tersebut lalu berkata "nama sape?,boleh berkenalan?" tanpa sedikit pun rasa MALU.

Senario #3
Ini sering berlaku kepada individu yang berbeza-beza. Sudah terlalu banyak kali saya melihatnya. Ketika saya sedang berjalan-jalan bersama rakan-rakan, dari jauh kelihatan orang ramai berkumpul. Di tengah-tengah bulatan di mana orang ramai berkumpul itu terdapat seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bergaduh. Si perempuan itu menunjukkan lagak seperti samseng dan meninggikankan suaranya kepada lelaki tersebut. Ada cerita lain yang lebih kurang jalan ceritanya di mana perempuan dan lelaki yang bergaduh itu terpaksa ditahan oleh kawan masing-masing.

Senario #4
Cerita ini sudah lama berlaku. Situasi di sekolah di mana pada suatu pagi seorang senior menyerang kelas seorang junior kerana isu "boyfriend" atau teman lelaki.

Senario #5
Sedang saya berjalan dengan seorang rakan saya, kami terlihat seorang remaja beruniform lengkap dengan tudung sedang berbual dengan temannya iaitu seorang lelaki. Tiba-tiba perempuan itu mengangkat atau menyelak bahagian belakang tudungnya untuk mengikat rambutnya yang panjang dan bewarna lalu secara tidak langsung menunjukkan rambutnya kepada khalayak ramai.

Terlalu banyak ingin diceritakan tetapi cukuplah sekadar kisah-kisah di atas untuk menzahirkan rasa sedih dan malu saya berkenaan dengan kaum hawa. Di sini saya ingin mengingatkan kepada kaum hawa terutamanya diri saya sendiri satu perkara penting iaitu:

Sifat malu
Memang telah jelas ramai yang tahu bahawa malu itu sifat semulajadi seorang wanita. Sifat malulah yang dapat menjaga akhlak kita dan maruah kita sebagai kaum hawa. Seseorang pernah berkata kepada saya bahawa sifat malu seorang wanita boleh dikatakan umpama satu mekanisme yang penting dalam mengawal hawa nafsu seorang wanita. Seperti yang kita tahu, perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu. Bila sifat malu seorang wanita hilang, habislah wanita itu kerana ia akan dikawal oleh 9 nafsu. Maka, dapat saya simpulkan di sini, dengan hilangnya perasaan malu seorang wanita maka bermulalah kehancuran bagi dirinya.

“Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Ia akan mencabut rasa malu dari dalam dirinya. Apabila rasa malu itu telah dicabut (darinya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikan. Apabila engkau menemukannya dalam keadaan demikian, maka akan dicabut dari dalam dirinya sifat amanah. Dan jika telah dicabut dari dalam dirinya sifat amanah itu, maka engkau akan menemukannya sebagai seorang yang pengkhianat dan dikhianati. Jika engkau mendapatinya dalam keadaan demikian, maka akan dicabut dari dalam dirinya rahmat. Dan jika rahmat telah dicabut darinya, maka engkau akan menemukannya sebagi seorang yang terkutuk dan terlaknat. Dan jika engkau menemukannya dalam keadaan demikian, maka dicabutlah darinya simpul (ikatan) Islam” (HR. Ibnu Mâjah, Hadits 4054).

Tapi ingin saya tekankan di sini, malu biarlah malu bertempat. Jangan perasaan malu itu menghalang kita daripada mencapai sesuatu kebaikan. Dan jangan pula kita malu disebabkan sesuatu yang tidak patut kita malukan seperti yang pernah seseorang meminta pendapat saya. Katanya, "labuh tak tudung ni?nampak macam ustazah kan?malu lah..". Kalau berpakaian seperti 'sarung nangka' tak timbul pula persoalan malu atau tidak.
Wahai kaum hawa sekalian, marilah kita memelihara sifat malu kita kerana setiap daripada kita dikurniakan dengan sifat malu dan malu itu sebahagian daripada iman.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud; “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadith riwayat Bauhaqi).

diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasullullah bersabda yang bermaksud:
"Iman itu ada lebih 60 cabang dan sifat Malu adalah sebahagian daripada cabang Iman."


Kalau diikutkan banyak lagi isu berkenaan kaum wanita ingin saya bangkitkan. Tapi cukuplah dulu sekiranya isu yang paling penting diketengahkan di sini. Semoga ia manjadi tarbiah buat kita semua dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Mencegah kemungkaran merupakan tanggungjawab bersama.

Daripada Abi Said al-Khudri RA berkata aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa dalam kalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak berupaya hendaklah dia mengubahnya dengan lidah pula, sekiranya dia tidak berupaya maka hendaklah dia mengubah dengan hati, dan yang sedemikian itu (mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman.

Dengan cara ini sahajalah saya mencegah kemungkaran. Saya tidak mampu untuk mengubahnya dengan tangan (kuasa) mahupun lidah (lisan). Begitu lemahnya diri ini..

17 comments:

  1. salam..

    blog kamu dapat award :)

    ReplyDelete
  2. wardatul shaukah:
    salam..
    terima kasih kerana sudi bagi award kat blog ni..=D

    zahead:
    kalau tahu senyap2 je lah..huhu..xp

    ReplyDelete
  3. salam.
    sangat mantap penjelasan saudari.
    semoga wanita2 diluar sana (atau didlm senario diatas..ehem2..) dapat mengenali sifat malu yg merupakan suatu yg sangat penting. hehe.

    ReplyDelete
  4. fl's:
    salam fl syg..huhu..
    syukran jazilan ya ukhti..=D
    amin ya rabb..begitulah harap2 nya..

    ReplyDelete
  5. wanita ni senang je nk msuk syurga tapi ramai plak yg daftar ahli nuraka...sepatah kata bang bil.. pikir la sendiri..(^_~)

    ReplyDelete
  6. sokong ini amu mejie(:
    Allah lbih sygkn kaum wanita

    *ayat FL xleh bla =DD

    ReplyDelete
  7. amu mejie:
    sepatah kata upin & ipin.betul betul betul..=D

    ReplyDelete
  8. ameer nazmi:
    tidak kira soal kaum wanita atau lelaki, Allah menilai hambanya berdasarkan ketakwaan hamba tersebut.
    FL sajeje 2,ikut rentak kte..hehe..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...

    penulisan kali ni betul2 memukau mrcoklat. ape yg dperkatakn smemangnye betul. wanita yg hilang sifat malunya akan m'hancyrkan segala sifat kemuliannya seperti perempuan2 barat (kafir) yg menyatakan kaum hawa setaraf dgn kaum adam dan akhirnya tiada aurat sesama mereka.. isk isk..

    =) peace!!

    ReplyDelete
  10. waalaikummussalamwarahmatullahiwabarakatu..=D
    huhu x sangka mrcoklat boleh terpukau..
    yup2..ramai pompam melayu (islam) nak sangat ikut budaya barat (hegemori)..isk isk (sambil menggelengkan kepala) =(..

    ReplyDelete
  11. nak hang out?boleh sgt!nnt ambek la min kat rumah anyah:)

    ReplyDelete
  12. Ingatlah, perempuan dikurniakan malu. Manakala lelaki dikurniakan akal. Apa akan jadi kalau malu sudah hilang? akal sudah tiada? itu jawapan kepada peristiwa di atas.

    Entahlah, sikit hari lagi susah nak cari wanita betul-betul wanita.

    ReplyDelete
  13. malu kena ada tempat
    malu makan lapar lah jawabnya

    ReplyDelete
  14. Farid Rashidi:
    terima kasih atas jawapannya..
    "Entahlah, sikit hari lagi susah nak cari wanita betul-betul wanita."
    humm..sy setuju..

    School Of Tots:
    betul tu..seperti saya nyatakan di atas, malu mestilah bertempat..sebenarnya bukan malu sahaja yang perlu bertempat, semuanya mesti bertempat..seiring dengan sifat adil iaitu meletakkan sesuatu di tempat yang betul..

    ReplyDelete
  15. xtaw knape..
    but ur blog is very goog..
    keep up the good work~

    ReplyDelete
  16. hanyaseoranginsan:
    syukran jazilan.
    "keep up the good work~"
    InsyaAllah..

    ReplyDelete