Monday, April 6, 2009
Bulan kesedaran autisma
Assalamualaikum =D
Tidak ramai yang sedar bahawa bulan April merupakan bulan kesedaran autisma sedunia. Kita semua patut memberikan lebih kesedaran terhadap golongan ini. Bulan kesedaran autisma wajar diadakan kerana angka bagi kes ini semakin meningkat. Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap autisma sama seperti kanak-kanak normal yang lain kecuali kebanyakan daripada mereka perkembangan mentalnya agak lambat. Kebanyakan daripada mereka mempunyai masalah untuk bergaul dengan orang luar tetapi ada juga yang mudah bergaul. Dahulu saya mempunyai seorang rakan sepermainan yang menghidap autisma. Dia boleh bermain seperti kanak-kanak lain. Saya juga boleh bersenda gurau dengannya. Bagi saya tiada yang kurang padanya walaupun sesetengah orang memandang rendah kepadanya kerana sikapnya yang seperti anak kecil. Bagi saya golongan ini harus diberi layanan yang baik.
Penghidap autism terbahagi kepada dua jenis. Salah satunya mempunyai tahap IQ yang sama seperti kanak-kanak lain. Saya ada mengenali seorang kanak-kanak autisma yang mendapat keputusan 4A dan 1B untuk peperiksaan UPSR 2008. Ada yang di mana tahap IQnya lebih tinggi daripada kanak-kanak seusia yang lain tetapi mempunyai masalah pergaulan. Ada yang menggelarnya 'kanak-kanak indigo'. Mereka tidak begitu diberi pendedahan. Mungkin ada yang pernah dengar melalui novel kanak-kanak karya saudara Faisal Tehrani. Tapi yang paling penting di sini, saya ingin memberikan penghormatan kepada ibu bapa,penjaga dan ahli keluarga bagi penghidap autisma di atas ketabahan dan kegigihan mereka dalam membesarkan insan-insan istimewa ini. Semoga Tuhan memudahkan segala urusan mereka dan diberi ketabahan dalam menjalani kehidupan di dunia yang kadang kala bertindak kejam terhadap golongan ini.
p/s:sila maklumkan sekiranya ada fakta yang tersalah di atas. saya tulis dari pengalaman saya dan dari apa yang telah saya baca dan dengar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bagus entri ini..mengingatkan manusia yang sibuk dengar april fool la valentine la..bukankah hari-hari begini yang patut kita raikan..
ReplyDeleteSaya perhatikan,
ReplyDeleteagamawan kita kurang bercakap tentang hal ini.Berbanding agamawan kristian.Sering pihak gereja 'memeriahkannya' hari autisme.
salam ziarah..
ReplyDeletekak yana: syukran. org ramai patut beri lebih kesedaran kepada golongan istimewa. bukan sekadar golongan autisma.
isma ae: mungkin ia tidak begitu didedahkan dalam komuniti Islam kita. mereka hanya tumpukan dan raikan anak yatim semata-mata sedangkan golongan ini juga memerlukan pendedahan, bantuan dan diraikan.
hebat,cgratz
ReplyDeletekeep up the good effort!=))
try tgk ni>
http://www.youtube.com/watch?v=G_FlhPmQ2yY&feature=related
thanks ameer..=D
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletesuatu info baru yang menarik. ALhamdulillah.
Kalau kelapangan jemput ke blog baru saya.
http://www.faridrashidi.com
Syukran..Insyallah saya akan berkunjung ke blog baru akhi..
ReplyDelete"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)
ReplyDeleteSalam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
minta permission copy ayat skit..
ReplyDeletejom join makan malam amal autisma
http://mohdsukuribrahim.blogspot.com/2011/04/bulan-kesedaran-autisma.html
ReplyDelete