Friday, May 1, 2009

jiwa yang kosong

Assalamualaikum =D


Sejak dahulu lagi jiwa ini kosong. Penuh tapi kosong. Selama ini jiwa ini dipenuhi oleh sampah. Sampah yang tiada gunanya. Sumbangannya hanya pada pencemaran. Hanya membawa kepada keburukan dan kebinasanaan. Bukan sampah sahaja yang mencemari hati ini, malahan hati ini dicemari juga oleh suntikan-suntikan beracun. Hegemori dan sifat hedonisme disuntik ke dalam hati ini supaya dapat meresap dan sebati dengan jiwa lantas mempengaruhi segala tindak-tanduk yang dilakukan. Tiada lagi ruang untuk iman, taqwa, tauhid, sifat qanaah atau zuhud. C
ahaya tidak lagi dapat menembus hati ini. Hatta segala bidaah diterima begitu sahaja tanpa diperiksa kebenaran dan dalil-dalilnya. Tiada lagi kehadiran simpati akibat ditelenggelami nafsu yang tidak terbatas. Tiada lagi kasih sayang akibat dibedil perasaan dendam. Cinta tidak lagi muncul akibat diselubungi api amarah. Semua itu hilang. Hilang tidak tahu di mana lagi hendak dicari. Kemungkinan besar pupus ditewaskan oleh titik-titik hitam yang bermastautin di dalam hati yang amat sukar dikalahkan kerana populasinya yang tinggi. Ia hanya bisah dikalahkan oleh cahaya. Begitu malang sekali kerana cahaya tidak dapat menembusi kerana hati terlalu dipenuhi oleh satu populasi yang bersifat parasit yang telah menghakis ehsan dalam diri setiap insan.


6 comments:

  1. ni sndiri pnye ker men kutip kat mner???hehehe...bgoz2...

    ReplyDelete
  2. buat sndiri ke men kutip2?? hahaha...bgoz22

    ReplyDelete
  3. sendirian berhad la..x main la kutip2..klu kutip2 pasti akn sy maklumkan..thanx sbb comment..

    ReplyDelete
  4. cantiknya bahasa, indahnya bicara~~nnt wat lg

    yup..nak baca.."moga jiwa kosong itu dpenuhi

    dengan cahaya cinta Illahi"ameen3..

    ReplyDelete
  5. faraway:

    syukran..rasanya biasa je..insyaallah kalau ada masa ana buat lagi..

    "moga jiwa kosong itu dpenuhi

    dengan cahaya cinta Illahi"ameen3..

    amin ya rabb!!

    ReplyDelete
  6. ayat mndalam..
    otak tgh mamai lgi nih =DD

    Alhamdulillah

    ReplyDelete