Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Jadi





Pada 14 Mei 2009,kakak kesayangan (tomodachi) menyambut hari jadinya yang ke 2*. Dah tua rupanya. Rasanya-rasanya diri inilah orang terakhir yang mengucapkan hari jadi kepadanya. Pada petang semalam, sewaktu kak*** pulang dari menjalankan tugasnya sebagai kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab dan amanah xp. Kak*** keluar dari keretanya dengan membawa satu bekas yang berisi kek 'secrete recipe'. Ingatkan dekat 'office' dia ada buat majlis apa-apa. Tanpa memikirkan apa-apa saya pun makan kek itu dengan penuh selera(lepas baca doa makan ya). Tiba-tiba ayah mengucapkan "HAPPY BIRTHDAY". Argghh, macam mana boleh terlupa. Lambat pun lambatlah asalkan 'wish'. Jangan kecik hati ya kak***..

Adik kesayanganmu ini tak ada benda nak diberi melainkan ucapan terima kasih dan penghargaan untuk sokongan anda tidak kira dari segi material,masa, dll.

Ucapan ikhlas dari hati oleh saya tapi diambil oleh akhi Farid xp:
“Selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur lalu umur itu diberkati dengan Ilmu, Iman Takwa dan Amal. Agar umur yang panjang itu tidak disia-siakan dengan kemaksiatan pada Allah Jalla Wa’ala, tidak menjerumuskan diri dengan syirik khafi atau jali dan juga diakhir usia tidak mengidap penyakit nyanyuk yang menjatuhkan keaiban sendiri. Begitu juga jika dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Biarlah rezeki yang halal itu disalurkan pada jalan fi sabilillah persis jutawan mulia Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Abdul Rahman Bin Auf. Bukan pada jalan yang salah bagai hikayat purba Qarun dan hartanya.”

AMIN...

p/s: tak payah risau bila orang tanya bila nak kahwin sebab adikmu ini belum teringin nak ada abang ipar..xp

13 comments:

  1. sanah helwah to ur kakak k..mudahan beliau sentiasa dirahmati Allah... waah best plak jd adik dia kan..mcm2 ada..he~ nk tumpang skaki leh?he... akhi kareem...lagu mp3 enta ni tajuk pe eh?best plak..

    ReplyDelete
  2. salam...

    wahhh~ besday ye..isk..ni nak kena denda ni sebab lupa..tapi, kadang-kadang, saya pun sampai kena ada orang yang ingatkan..kalau tak, memang lupa macam tu je~

    ReplyDelete
  3. amu mejie:
    mmg best jd adik dia..sory,xleh tumpang skaki..haha..lagu tu tajuk dia Ghuraba..
    p/s:ehemm..'ukhti' bukan 'akhi' dan 'enti' bukan 'enta'..=D

    iliana:
    salam kak yana..=D
    kena denda ketuk ketampi 10 kali..
    same lah kita..biasalah, manusia kan memang sifatnya pelupa..
    p/s:dh lama kak yana x comment post saya (biasa la,org sibuk)..huhu..dh ketinggalan 2 post..xp

    ReplyDelete
  4. ops...asif k.nge~ mn den tau enti gegurl td..kalo gitu tumpang 2 kaki la eh..nge~ okes..lagu yang menusuk jiwaku..alf syukran..

    ~kunta kente~ =P

    ReplyDelete
  5. nk secret recipe sma~haha.. ucapan besday yg sgt nice.. pndai ahki farid 2 reka~

    mnunggu post tbaru.. tp xsmpat nk reply cpt2~ sdh mahu smbg blaja..:)

    ReplyDelete
  6. eh clap~ucapan kmu..aiyarkk.. sulah penin loo~

    ReplyDelete
  7. salam pencipta bahasa.. hehe.. sowie baru terjah. mrcoklat tertangguh2 n terlupa + bz.. hepy buzday to kakak ye.

    anak manje mmg patut dpt mende2 tu :p

    jgn slh guna sudah k?

    moga berjaya dlm imtihan. mrcoklat mendoakan kejayaan kamu.

    hehehe peace!! =)

    ReplyDelete
  8. faraway:
    nk secrete recipe mai la dtg singgah umah..haha..jgn pening2..relaks.post baru lambt lagi kowt..hihi..=D

    mr coklat:
    anak manja?? xp
    insyaallah akn gunakannya dgn penuh amanah..
    aminn..syukran atas doa..
    peace 2 u 2!! =D

    ReplyDelete
  9. salam...

    hm... bole cerita sikit berkenaan kakak tu...
    macam nak berkenalan la... kalau boleh la...

    ReplyDelete
  10. salam...
    oitt,spe ni tetibe nih. men terjah je tanpa memperkenalkan diri..

    ReplyDelete
  11. wsalam...

    maafkan saya sebab main terjah je...

    sebenaqnya saya ni orang biasak saja...
    maklumlah keja di k.l ni macam-macam manusia pun ada...

    nak perkenalkan diri pun tak seberapa...
    kalu boleh biaq lah saya tak perkenalkan diri noo...

    bila baca ruangan cik pencinta bahasa ni menarik jugak...

    bila tiba tang cerita pasai kakak ni terasa macam nak berkenalan pun ada...

    itulah pasai saya tanya tang dia tu...
    itupun kalau cik sudi la bercerita sikit pasai dia tu...

    terima kasih la no.... mintak ampun dan maap..

    ReplyDelete
  12. wassalam..
    kalau nk tanya boleh add kt ym. tak sesuai rasenye ckp kat sini.

    ReplyDelete
  13. penambahan:ni blog kakak saya

    http://diarizaheerah.blogspot.com/

    ReplyDelete