Sunday, June 7, 2009

buku, buku dan buku

Assalamualaikum :D

Sekadar ingin berkongsi minat saya dalam membaca. Sekarang saya sedang berusaha menghabiskan buku yang berjudul "POLEMIK SEJARAH MALAYSIA" keluaran Arkib Negara. Buku ini amat menarik kerana ia mengkaji semula sejarah di Tanah Melayu sejak zaman protosejarah. Saya juga tertarik untuk mengkaji bahan bacaan ini kerana ia merupakan cadangan ayah saya sendiri untuk membetulkan semula apa yang salah dalam sejarah negara kita. Setelah 15 tahun hasil kajian dan pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar sejarah, maka terhasillah buku ini.



Yang paling menarik dalam buku ini ialah sejarah kedatangan Islam yang sebenarnya sampai di Tanah Melayu lebih lama daripada yang biasa kita ketahui. Kerajaan Islam pertama didirikan di rantau ini ialah kerajaan Islam Syi'ah di Perlak yang didirikan oleh seorang putera nakhoda bernama Sayid' Abd al-'Aziz pada tahun 225 H/840 M. Pada satu peringkat setelah datangnya aliran Sunni di rantau Tanah Melayu, Di Kelantan, Kedah dan Terengganu, khususnya di kawasan pedalaman masih cenderung kepada aliran Jabariyah yang lebih bersifat "tertutup" (konservatif) berbanding dengan aliran Qadariah dan pada masa masyarakatnya turut mewarisi/ dipengaruhi kosmologi Syi'ah yang mendewakan dan menyucikan pemimpin yang dianggap sebagai "bayangan Allah di muka bumi".



Selain daripada buku tersebut, saya turut menggemari koleksi Arkib Negara yang lain. Salah satunya ialah "ARKIB WARISAN EKSKLUSIF" yang mempamerkan banyak rekod tentang Tanah Melayu sejak zaman kegemilangan Melaka dalam bentuk mikrofilem yang amat menarik.

Saya juga meminati hasil sastera. Sudah menjadi hobi sejak 12 tahun mengumpul novel-novel sastera. Fungsi sastera adalah untuk menulis sejarah dalam bentuk yang menarik atau mengadakan sesuatu yang tidak ada. Contohnya pada zaman dahulu hasil sastera dijadikan sebagai sumber untuk menaikkan semangat tentera-tentera seperti Hikayat Muhammad Ali sewaktu zaman Melaka diserang Portugis. Antara koleksi novel yang saya miliki;





Ini (rujuk gambar di bawah) pula merupakan koleksi buku pertama saya sejak saya mula-mula tahu membaca. Ia merupakan koleksi ensiklopedia kanak-kanak yang menarik minat saya dalam sains. Setiap minggu pasti saya akan menghabiskan sebuah buku daripada koleksi tersebut. Gambar-gambar yang menarik dan penjelasan yang mudah membantu saya untuk menghabiskan seluruh koleksi buku tersebut. Apa yang saya baca sewaktu tadika dahulu masih lagi boleh diaplikasikan dalam kehidupan dan pembelajaran saya sekarang.



Antara buku lain yang menjadi pilihan saya:








Akhir sekali. Yang berada nombor satu dalam carta saya ialah tak lain dan tak bukan Al-Quran karim. Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca tapi untuk dikaji dan diamalkan isinya (tadabbur al-Quran). Membacanya satu ibadah manakala mengamalkannya satu kewajipan. Setiap orang wajib memiliki sekurang-kurangnya senaskah tafsir al-Quran. Tetapi berhati-hati kerana ada tafsir yang membawa kepada penyimpangan aqidah. Mari kita mengkaji al-Quran bukan sebagai satu kitab kosong tapi satu kitab yang penuh misteri yang harus dibongkarkan!!=D

“Apakah mereka tidak tadabur al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak di dalamnya.” (Surah An-Nisak ayat 82)



Rasulullah saw. pernah bersabda (yang artinya): Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran karena orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci. (HR ath-Thabrani).

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal shalih bahwa bagi mereka ada pahala yang besar. (QS al-Isra’ [17]: 9).

“Anda melihat manusia membaca al-Quran dengan cepat. Mereka membaca huruf-huruf al-Quran dengan suara yang baik (sebutan) yang baik. Mereka berdebat tentang baris di bawah, di hadapan dan baris di atas seakan-akan mereka sedang membaca syair-syair Arab. Merenungi maksud al-Quran serta mengamalkannya menjadi tidak penting bagi mereka. Adakah dalam dunia ini wujud keadaan terpedaya yang lebih daripada itu?” (Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali (terjemahan Prof. TK. H. Ismail Yakub MA), Pust. Nasional, 1981, Singapura, jil 6 hal 34)

Allah berfirman, “Dan mereka yang telah Kami berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengannya. Barang siapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah Al-Baqarah ayat 121)



24 comments:

  1. waa~ boleh buka toko buku ni.. pasni leh la dpt anugerah tokoh sejarah mesia..he~ pinjam novel 1...

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Sejarah Malaysia kebanyakkan yang kita pelajari dalam buku teks telah diselewang daripada yang asal. Terutamanya dalam bab penyebaran Islam dan penjajahan British. British diangkat menjadi hero, komunis dan Jepun penjahat. Sedangkan kesemua penjajah itu adalah musuh kepada Islam.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. amu mejie:
    tak nak la bukak toko buku, nanti habis buku-buku kesayangan yang susah payah dicari. Buat koleksi la. Baca banyak kali pun tak bosan. Anugerah? Anugerah dari kamu jela mejie. Itupun kalau ada. Nak pinjam, pinjamla. Cakap mana yang berkenan..hehe..=D

    Farid Rashidi:
    Rajin pula kamu meninggalkan jejak di blog ini ya. Apa-apa pun, syukran jazilan sebab sudi =D. Ya, sejarah Malaysia memang banyak diseleweng. Semuanya disebabkan oleh kepentingan masing-masing. Juga kerana kekurangan penulis sejarah di kalangan kita. Oleh sebab itu, kita kebanyakannya mengambil sumber sejarah dari luar untuk dijadikan bahan sejarah.

    ReplyDelete
  5. ''Semuanya disebabkan oleh kepentingan masing-masing. Juga kerana kekurangan penulis sejarah di kalangan kita.''

    Menarik.... harap sambung lagi pasal sejarah. Hendak harap siapa lagi. Kamu pun boleh menjadi pentafsir sejarah.

    ReplyDelete
  6. salam ae..
    setelah lama kamu menghilang, seronok dapat mendengar dari kamu. InsyaAllah saya akan tulis lagi tentang sejarah. Jika saya ingin menjadi pentafsir sejarah, saya mahu jadi orang yang membetulkan apa yang salah. Tidakkah menjadi kesalahan besar sekiranya membiarkan orang ramai dalam kebatilan.

    ReplyDelete
  7. blog yang sungguh menarik:D

    cakap tentang komunis ade sedikit info tntg komunis.ideologi komunisme itu terbitan Karl Marx yang telah menerbitkan The German Ideology,The Comunnist Manifesto,Das Kapital itu adalah dari orang YAHUDI LAKNATULLAH yang telah mengumpul dana untuk membantu orang2 ini untuk menerbitkan buku2 ini di serata dunia

    ReplyDelete
  8. salam zahead...
    comment yg dinanti-nantikan =D..hehe..terima kasih atas matlumat di atas. Mungkin kamu boleh cerita dengan lebih lanjut dalam entry kamu seterusnya. Saya akan nantikannya..xD

    ReplyDelete
  9. sekadar bingkisan
    "Sejarah Malaysia kebanyakkan yang kita pelajari dalam buku teks telah diselewang daripada yang asal."
    ---->Perhaps no one has changed the course of the history as much as the historians.

    p/s:
    ---->“ Tetapi demikianlah sejarah di mana-mana pun. Dan sejarah memang seorang guru yang baik hati. Kita banyak belajar darinya. Kita memarahinya tapi juga menyayanginya. Dengan sejarah kita menangis dan insaf. Keinsafan dan tangisan mencipta nilai baru; nilai yang lebih baik dan yang mana satu yang tidak baik. Yang juga memperjelaskan kepada kita siapa yang benar-benar berKUASA di alam raya ini, yang meletakkan keadilan pada tempatnya yang tepat, yang benar-benar menghuraikan erti BANGSA, erti BENDA dan erti KUASA. Dan dari nilai baru itulah membenih dan terus-menerus memantapkan rasa cinta kepada YANG MAHA ESA. Bertitik tolak dari rasa cinta kepada-Nya itulah akan tertebar cinta-cinta kepada yang lain dalam erti kata sebenarnya.”
    Shahnon Ahmad
    9 Mac 1989

    ReplyDelete
  10. wahh buku buku dan buku..
    bestnya ada banyak buku dan ditimbuni buku..
    tapi, buku Quranic Law of Attraction tu sama seperti buku The Secret yang berkisarkan fahaman free thinker. adakah buku itu bertujuan untuk menjawab buku The Secret tersebut? kerana kulit hadapannya sangat persis. malangnya, belum menemui lagi buku Quranic Law og Attraction tersebut.

    ReplyDelete
  11. "adakah buku itu bertujuan untuk menjawab buku The Secret tersebut?"
    begitulah gayanya. Penulis mengkaitkannya dengan al-Quran. Dan yang mengkagumkan saya ialah penulis hanya berumur 24 tahun..=D

    "malangnya, belum menemui lagi buku Quranic Law og Attraction tersebut."
    saya mendapatkannya di pesta buku di kl. Mungkin kak yana boleh cari di kedai buku MPH.

    ReplyDelete
  12. Oleh kerana kamu banyak baca buku,rasanya blog ini mesti memuatkan ulasan buku. Saya cadang sahaja.

    ReplyDelete
  13. Sertai Malaysian@ Goodreads, saya juga menyertai, rasanya dengan adanya kamu, pasti GR akan meriah.

    ReplyDelete
  14. salam..
    terima kasih atas cadangan-cadangan kamu. =D

    ReplyDelete
  15. salam
    banyaknya buku!!!! sangat-sangat envy

    oh ya..maaf tadi kamu tinggalkan ym di blog ya? saya tiada di meja. maaf ya?

    boleh pinjam buku ketupat cinta dan surat perempuan johor tak? :p

    ReplyDelete
  16. salam..
    "oh ya..maaf tadi kamu tinggalkan ym di blog ya? saya tiada di meja. maaf ya?"
    xpe...

    "boleh pinjam buku ketupat cinta dan surat perempuan johor tak?"
    boleh je..ambik la..hehe..

    ReplyDelete
  17. bgus2 good job..knowledge is power...pandai kmu tulis eh..mest byk rujukan kn? ape2 pn biar quran dan sunnah yg memandu ilmu kt bkn kt yg memandu quran dan sunnah tu...renung2kn

    ReplyDelete
  18. hehe..thanx..yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk tu datang dari kelemahan saya sendiri..=D

    "bkn kt yg memandu quran dan sunnah tu"
    saya kurang jelas. macam mana tu??

    ReplyDelete
  19. salam..

    wah dasat sungguh koleksi buku zati.. jeles sungguh melihatnya~~~ :p teruskan membaca dik.. agar hati tak buta, bisu dan tuli... barakallahu fik :)

    ReplyDelete
  20. salam kak tini...
    dasat??wahh..hehe..
    jeles??jagan jeles-jeles,kan boleh share..xp
    sharing is caring, caring is loving.<3.he~
    syukran awiy atas nasihat..=D

    ReplyDelete
  21. salam ziarah..maaf ye..ana nak kongsi artikel FAKTA YANG KITA SEMUA KENA TAHU

    di blog ana http://nurmujahidah.blogstarz.my/

    ReplyDelete
  22. Sekadar nasihat & peringatan sesama muslim.

    Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

    "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  23. zati, to be honest, youre so weird.

    ReplyDelete