Assalamualaikum
Beberapa minggu lepas kita dimaklumkan dengan kematian Sheikh Fathi Yakan. Selepas beberapa hari, saya pula dikhabarkan dengan kematian seorang kenalan saya. Arwah hanya satu tahun lebih tua daripada saya. 3 hari lepas pula saya dikhabarkan dengan berita kematian seorang lagi rakan saya yang baru berumur 21 tahun. Yang buatkan saya lebih sedih ialah terakhir kali saya berjumpa dengan arwah ialah 2 tahun lepas dan saya juga tidak bersempatan untuk melawat keluarga arwah kerana kesibukan. Untuk pengetahuan, arwah merupakan penghidap autisma. Tapi, saya seronok berkawan dengan arwah dan sewaktu saya kecil, kami sering ke mana-mana bersama. Saya pasti akan merinduinya.
Semoga roh-roh mereka dirahmati-Nya..
Apabila menerima berita kematian rakan-rakan. Membuat saya berfikir yang maut bisah mengundang saya pada bila-bila masa sahaja. Setiap orang memahami konsep maut yang mengundang kita tak kira usia sama ada tua atau muda. Tapi tidak ramai yang mengingati mati atau Zikrul maut.
"Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian)." ( Riwayat At-Turmudzi )
"Perbanyaklah mengingati kematian, sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia." ( Riwayat Ibnu Abiddunya )
Saya masih ingat lagi sewaktu saya masih di bangku sekolah rendah. Ketika itu, saya malas hendak solat. Saya sering dimaklumkan tentang bagaimana sakitnya mati, azab kubur dan seksaan api neraka. Pernah beberapa kali ketika saya memilih untuk terus tidur sebelum menunaikan solat Isyak. Sebaik sahaja saya cuba melelapkan mata, pelbagai bayangan tentang mati menjelma dalam fikiran saya. Jantung saya berdegup kencang dan saya rasa sedikit menggeletar. Akhirnya saya bangun dan menunaikan solat Isyak dan dapat tidur dengan lena.
"Cukuplah kematian itu sebagai penasihat." ( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy )
Apabila sudah meningkat ke peringkat sekolah menengah, situasi yang lebih kurang berlaku. Sekolah tamat pada pukul 4 petang dan saya selalunya sampai ke rumah sebelum waktu Asar. Dek kerana keletihan, selepas pulang saya sering merebahkan diri untuk rehat. Bila azan berkumandang, saya rasa berat untuk bangun dan rasa seperti ingin melelapkan mata sebentar. Tapi perkara yang sama berlaku di mana saya akan menjadi keresahan selagi tidak menunaikan solat. Saya sering teringat apa yang akan berlaku sekiranya nyawa saya diambil ketika saya menangguh solat. Nauzubillah..
Alhamdulillah, Allah SWT sentiasa memberi peringatan kepada saya. Allah SWT sentiasa memberi peringatan kepada kita semua. Peringatan-Nya ada di mana-mana sahaja. Contoh yang paling mudah ialah terpaparnya berita-berita tentang kematian di dada-dada akhbar mahupun melalui televisyen. Ianya terserah sama ada kita ingin mengambil iktibar daripada peringatan-peringatan yang Allah SWT tunjukkan kepada kita.
"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." ( Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya )
Semua yang hidup akan mati, itu janji Allah. Semua penyakit insyaAllah ada ubatnya melainkan Mati. Mati itu ibarat Expiry Date yg tidak boleh di sambung lagi (bukan macam driving license yg boleh di sambung2). Walau apa keadaan kita tika itu bila dah tiba Expiry Date ..tup kita akan MATI. Tak kira masa itu tgh tidur ke, tgh memandu ke, tengah makan ke. Yang lain tu penyebab saja, bila ajal tiba contohnya kita boleh mati dalam accident dgn kepala berkecai atau kerana badan di penuhi virus selsema babi...penyebab je nak bagi menarik. Hakikatnya MATI (expired). Jadi sendiri mau ingat. Tak dapat den nak menolong kecuali 1. Doa anak soleh 2. Ilmu bermanafaat 3. Amal jariah.
ReplyDeletesyukran atas maklumat. Ya, bila-bila masa saja maut boleh tiba. Kenalan saya itu pun maut akibat kemalangan. Kita tak boleh nak tentukan bila kita bakal diundang maut. Tetapi kita sedikit sebanyak boleh fikirkan dalam keadaan apa. Oleh itu, kita haruslah menjauhi perkara2 yang tidak berfaedah. Malu dengan Allah SWT sekiranya mati dalam keadaan tidak sempat sujud kepada-Nya tanpa sebarang alasan.
ReplyDeletesmga sy dlm kalangan org yg suka igt mati..
ReplyDelete=)
*slm ukhwah~
salam ukhwah fillah..
ReplyDeleteinsyaAllah..kita doakan same2.. =D
Salam
ReplyDeleteDik zati, alhamdulillah zati diilhamkan dengan banyak peringatan di saat umur zati sekarang ni. seingat akak, waktu akak seumur zati dulu, akak tak tahu benda semua ni. bukan tak tahu, tapi tak ambil peringatan dan pengajaran. sebab rasa macam masih kecil :D honestly, akak belum pernah merasai sendiri kalangan akak (orang yang rapat) yang telah meninggal dunia. tak tau macam mana rasanya. tapi, bila dengar ada kawan2 akak yang adik beradik mereka, atau ibu or ayah mereka meninggal, macam akak dapat rasa je perasaan mereka kan.. dan sekaligus mengingatkan kita yang bakal menyusul... tapi, ingat mati ni bagus sebenarnya, sebab menjadikan kita takutkan Allah, right? moga Allah pimpin kita dalam lindungan-Nya. amin.. ;)
salam kak tini..
ReplyDeletezati pun bersyukur sangat2 atas peringatan ni. walaupun arwah yang beza hanya 1 tahun dengan zati tu sekadar hanya kenalan yang pernah cakap sekali dua je dengan dia,(lagipun lelaki) tapi bila difikirkan yang umur kami hampir sebaya membuat zati terfikir bila2 sahaja masa zati boleh sampai. yup,ingat mati sememangnya mengingatkan kita dengan Allah..ya, moga Allah pimpin kita dalam lindungan-Nya. amin ya Rabb..=D
Salam,
ReplyDeleteOoo, rupa kamu ada kawan pengidap autisme dan telah kehilangannya. Takziah. Saya pernah rasa sedih setelah kawan baik meninggal; sedih sangat kerana tidak sempat menziarahi jenazahnya.Moga Allah menempatkannya di kalangan yang soleh.amin...
salam ae..
ReplyDeleteterima kasih. ya,sedih sangat bila tidak sempat untuk menziarah..amin..
Salam,
ReplyDeleteYa, itulah hakikat perjalanan manusia.. akan terus berputar-putar selagi mana tidak menemui titik hentinya. Dan kita akan terhenti juga satu ketika nanti..
Ya Allah ampuni dosa kami semua.
Salam.. bagus2 dik zati.. ana rasa disebabkan zati nie pencinta bahasa, kupas skit ttg PPSMI dan pendirian tuan blog ttg isu nie....
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteinsyaAllah satu hari nanti.. akhi ni kenalan kak tini ye?
zati..
ReplyDeletesape yg meninggal sbb penyaki autisme tu??