Friday, August 7, 2009

superheroes vs supervillains

Assalamu'alaikum..

Apabila disebut perkataan 'superhero' dan 'supervillain', pasti akan terlintas di fikiran cerita-cerita fiksyen terutamanya dari Hollywood. Sebut saja superman, spiderman, dan macam-macam jenis man lagi :p. Tema yang sering diterapkan ialah sang penjahat ataupun supervillain ingin menakhluki dunia dan sang wira ataupun superhero pula akan datang untuk menyelamatkan dunia.

Sebenarnya ramai yang tidak sedar bahawa kisah tersebut bukan hanya ada pada cerita-cerita fiksyen tetapi turut wujud dalam dunia sebenar. Mungkin ramai yang sedar tentang penjahat-penjahat yang melakukan jenayah-jenayah yang kejam. Tapi tidak ramai yang tahu ataupun tidak ambil tahu tentang wujudnya kuasa jahat yang ingin menakhluki dunia. Ianya kedengaran fiksyen tapi itulah hakikatnya.

Sebenarnya saya ingin membincangkan tentang isu-isu semasa berkaitan dengan komuniti Islam. Sebelum itu, saya selitkan antara contoh peristiwa yang sedang berlaku yang mendapat perhatian saya dan mungkin juga orang ramai.

Selatan Thai
Semua pasti ingat tragedi di mana 11 orang ditembak mati sewaktu menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan (Sg Golok). Banyak lagi tragedi seperti itu. Antaranya;
Seorang mudir sebuah sekolah agama di kampung Ai Saktia, Bukit, Narathiwat ditembak mati di depan rumah kedai miliknya. Sebelum kejadian tersebut, beliau pernah ditahan selama dua bulan di penjara Bangkok kerana disyaki memimpin Jemaah Islamiah (JI) dan Pertubuhan Pembebasan Pattani Bersatu (PULO).
Ramai lagi mangsa-mangsa yang telah ditawan, didera dan dibunuh di selatan Thai yang kebanyakannya golongan imam, mudir dan guru-guru agama. Alasan pihak yang bertanggungjawab atas kejadian-kejadian tersebut adalah kerana individu-individu yang kuat agama itu adalah pengganas dan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak Islam didakwa bertujuan untuk menghasut orang ramai untuk membelakangi kerajaan.

Mesir
Untuk kisah di Mesir, saya link kan ke entry dari akhi farid
klik di sini

Singapura
Ini kisah yang dibaca dalam sebuah buku yang bertajuk "Memeluk Gerhana". Walaupun latar masa yang jauh ke belakang, tetapi masih dapat dikaitkan dengan keadaan sekarang. Meskipun bukan berbentuk fakta, tetapi menunjukkan situasi sebenar pada zaman tersebut. Seorang pemuda yang mengikuti kumpulan usrah ditangkap oleh pihak polis bersama ahli-ahli yang lain, diseksa dan dipastikan bahawa mangsa mempunyai masa depan yang gelap. Alasannya, risau akan timbulnya pihak yang akan bangkit menentang pemimpin yang sedang berkuasa atau pihak kerajaan.


Itu adalah antara kisah yang saya ketahui. Banyak lagi kisah penganiyaan orang Islam yang kalian sendiri pasti tahu. Persoalan yang saya ingin timbulkan ialah mengapa ianya bisah terjadi. Adakah kerana terlalu banyak kumpulan pengganas yang giat beroperasi sehingga terjejasnya keselamatan awam. Pernah seseorang berkata kepada saya berkenaan dengan tragedi berdarah di Selatan Thai, "Agak-agaknya kalau ramai muslimin yang memenuhi Masjid Al-Furqan, boleh atau tidak terjadinya tregedi itu? Mana tidaknya orang boleh menembak dengan suka hati apabila hanya beberapa orang yang berada di dalam masjid tersebut.". Ingin saya selitkan perbandingan daripada Al-Farabi dalam kitabnya Al-Madina al-fadila (Bandaraya yang baik). Sebagai perbandingan, Al-Farabi memberi empat jenis bandaraya yang berbeza-beza :

- bandaraya jahil = warganya mengejar sifat-sifat baik di dalam sesuatu dan padanya tidak ada pembohongan.

- bandaraya cabul = warganya tahu di mana ada kebaikan tetapi tidak melakukannya.

- bandaraya sesat = warganya sudah keruntuhan daripada kebaikan-kebaikan yang ada padanya dahulu.

- bandaraya rosak = mempunyai para guru yang palsu dan warganya mengejar ilmu-ilmu yang palsu.
(Mahdi, 1963)

Mari kita nilai dalam kategori manakah terletaknya kita.

Apa kaitannya semua ini dengan superhero dan supervillain?
Mudah sahaja. Mari kita berkenalan dengan watak supervillain. Kita semua, umat manusia sedunia sedang berada di bawah sebuah kuasa jahat iaitu yahudi dan nasrani yang sememangnya musuh Islam nombor satu. Penakhlukan kuasa yang mereka impikan selama ini merupakan satu rancangan yang hampir berjaya. Bagaimana kita ingin menyekat perkara ini daripada berlaku. Strategi yang mereka gunakan tersusun dengan baik sekali. Kita bukan bercakap tentang perancangan selama 30 40 tahun tetapi sebuah perancangan sejak beratus-ratus tahun lagi. Firman Allah swt,

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. 2:120)

Justeru, mereka telah menyusun langkah mengatur stratergi untuk membawa manusia mengikuti agama mereka. Lihat sahaja, peningkatan kes murtad di negara kita amat membimbangkan. Tidak lupa juga golongan Islam yang hanya pada nama sahaja. Sesetengah pemimpin Islam juga ada yang anti-Islam dan menganggap bahawa gaya hidup Islam itu kolot. Nah, inilah stratergi mereka. Untuk mengajak kita sedikit demi sedikit ke arah kesesatan dengan menerapkan gaya hidup mereka secara perlahan-lahan dalam diri kita. Sepertinya mereka menyuntik racun ke dalam diri kita. Mereka sapukan dahulu sejenis bahan kimia supaya kita tidak merasakan apa-apa sewaktu disuntik. Membuatkan kita tidak sedar dan selesa dengan keadaan itu. Begitu juga dengan keadaan masyarakat kita yang sudah selesa dengan budaya mereka dan menjadikannya sebagai gaya hidup tatkala gaya hidup yang islamik sudah dianggap kolot. Sedar-sedar diri kita sudah rosak binasa kesan daripada racun tersebut.

Rasulullah pernah bersabda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Kemudian, mereka mengenal pasti pula pihak-pihak yang berpotensi untuk menggagalkan rancangan mereka. Sebarang ancaman akan dihapuskan. Inilah yang terjadi pada mereka yang memperjuangkan kuasa yang lebih besar, yang Maha Besar. Tetapi mereka tidak perlu risau kerana mereka mendapat pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT. Sebaliknya pula bagi mereka yang terjebak dalam kesesatan. Jauhnya mereka dari pertolongan dan perlindungan Allah SWT.

Selesai dengan watak supervillain, berganjak pula kepada watak superhero yang sepatutnya menyelamatkan dunia. Siapakah yang dapat menyelamatkan kita semua daripada tenggelam di dalam lautan yang penuh dengan kesesatan? Siapakah yang akan membawa bahtera menuju ke arah kebenaran? Umat manusia pernah diselamatkan oleh
wira kita iaitu Rasulullah SAW. Sekarang, siapakah yang akan menyambung perjuangan baginda? Siapa lagi kalau bukan kita. Setiap superhero pasti ada kekuatan dan kelebihan. Tunggu apa lagi, mari kita bina kekuatan tersebut! Mari bangkitkan semula zaman kegemilangan Islam. Bagaimana? Sesiapa boleh bagi jawapan? Jangan pula kita sesekali lupa dengan penyelamat kita yang paling agung. Hanya dengan izinNya kita boleh terselamat daripada kesesatan. Innallaha 'ala kulli syaiin qadir. Sesungguhnya Allah Maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Sedikit nasihat buat sahabat-sahabat saya. Hentikan sifat ambil mudah kalian dalam pelajaran dan mulalah serius. Sentiasa ingat bahawa kita sedang berjihad fisabilillah. Jauhi perkara-perkara yang membawa kepada kebejatan moral supaya kita tidak jauh dari redha Allah SWT.

Sabda Rasulullah saw.
إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة .
Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda - pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.
( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )


sila klik di sini

16 comments:

  1. Salam,
    Selatan Thai ada, Mesir ada, Singapura ada.

    Bagaimana dengan Malaysia?:)

    ReplyDelete
  2. salam isma..

    soalan yang bagus(adakah ianya merupakan soalan?):). tentunya kalian boleh lihat sendiri. kalau cerita tentang malaysia,tentunya sudah masuk bab politik. saya bukanlah ahli dalam bab politik negara sendiri. tapi nampaknya semakin menjurus ke arah yang sama.

    ReplyDelete
  3. Cuma saya rasa kamu seperti ragu-ragu untuk menulisnya...

    ReplyDelete
  4. humm.. ragu-ragu? mungkin juga saya ni penakut orangnya.

    ReplyDelete
  5. '' Pernah seseorang berkata kepada saya berkenaan dengan tragedi berdarah di Selatan Thai, "Agak-agaknya kalau ramai muslimin yang memenuhi Masjid Al-Furqan, boleh atau tidak terjadinya tregedi itu? Mana tidaknya orang boleh menembak dengan suka hati apabila hanya beberapa orang yang berada di dalam masjid tersebut.". ''

    Saya tertarik dengan kenyataan ini.

    Maaf, saya ingin jelaskan situasi di sana. Pada malam itu jemaah yang bersembahyang seramai lebih kurang 20 orang.Bagi kampung itu jemaah seramai itu adalah cukup ramai kerana ia sebuah kampng kecil dan terpencil. Masjid juga kecil. Lagipun kedudukan rumah agak berselerak dan jauh-jauh yang dikeliling hutan/kebun getah.Suasana kampung itu terlalu sunyi pada waktu malam. Lagi pula banyak juga berdiri musalla di sana sini. Jadi kehadiran jemaah seramai itu satu kumpulan yang besar.

    Dan budaya masyarakat di sana, muslimat tidak berapa digalak sembahyang di masjid sebab itulah tiada perempuan yang mati.

    Suasana malam di sana sangat menggerunkan.

    Beginilah saya merakam suasana di sana dalam sebuah artikel;

    Kokokan ayam bapak bersahut-sahutan memecah keheningan subuh di Ban Ai Payae. Ia memberi petanda kepada penduduk, malam yang panjang, malam yang menegangkan, dan menyesak dada akan hampir berlalu sebentar lagi. Malam yang tidak mereka akan lupakan.

    Tetapi ketegangan seperti tidak mahu pergi dari kampung ini dan terus menghantui penduduk kampung Melayu tradisi itu. Setelah matahari mula memancar sinar, para penduduk cepat-cepat ke masjid. Mereka disambut tentera bersiap siaga mengawal dengan wajah tertekan. Nyatalah, sesuatu yang lebih kejam telah benar-benar berlaku.

    Mayat-mayat bergelimpangan ditutup dengan sejadah, darah-darah pekat menyimbah di lantai dan dinding, bau hanyir menguap, cermin-cermin tingkap bertaburan, dan semuanya kucar-kacir.Suasana kehibaan mula menyelubungi dan menjalar setiap yang ada di situ.Lebih-lebih buat para waris tidak dapat menahan kepedihan. Sambil kemarahan membuak-buak di dada.

    *Maaf, saya hanya ingin menggambar suasana sebenar di sana.Menurut sudut pandang di sana.

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas perkongsian. itu sebabnya kadang kala saya takut untuk menyatakan pendapat tentang sesuatu perkara jika saya tidak betul-betul tahu apa yang sebenarnya terjadi.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam.. sebenarnya takut merupakan sifat semulajadi tapi dalam menegakkan yang hak, kita kena berani.. Di Malaysia, kezaliman terhadap umat islam telah berlaku dan antara kisahnya adalah kisah yang terjadi kepada As-Syahid Ibrahim Libya yang terkorban di Memali.

    As-Syahid merupakan seorang ustaz yang sentiasa bergerak aktif dalam medan dakwah di Malaysia. Oleh kerana kelantangannya menentang ISA pada suatu ketika dulu, maka pihak yang menyokong akta zalim ini iaitu ISA menggelar pejuang Islam ini sebagai pengganas dan membunuhnya. Sehinggakan, apabila Ibrahim Libya ini terbunuh bersama beberapa sahabatnya.. maka terukir senyuman pada wajah mayatnya dan sahabat2nya.. Sebagai rujukan : http://www.youtube.com/watch?v=bOaGU_AsZmc

    ReplyDelete
  9. salam..
    masih lagi dalam proses membina keberanian dalam diri. syukran atas link. sedih bila memikirkan yang pihak berkuasa kita sanggup melakukan sebegitu rupa. mungkin sekarang bila timbulnya kesedaran dalam kalangan rakyat untuk bangkit menentang apa yang salah dan memperjuangkan kebenaran berlandaskan prinsip2 Islam, akan berlakunya perubahan. mungkin juga satu revolusi.

    ReplyDelete
  10. salam..sori mencelah..
    saye bdk dak setia budi..
    tp uiam gombak..
    sekian.

    ReplyDelete
  11. huhu xpe2..ksilapn teknikal..
    bace dulu sblum habis ea..
    tp adik sy dulu ex setia budi gak la..akak dia je x masuk situ..hehe..

    ReplyDelete
  12. hmm.
    name dia Muhammad Jadul Haq..
    kenai ke??adik ni name sape?umur?

    ReplyDelete
  13. Nampaknya anda ni seorang yang sesat dalam pengetahuan Islam.

    Di atas penulisan saudara ada gambar manusia yang haram dan memakai pakaian yang ketat menunjuk aurat.

    Itu haram.

    Jadi sebelum anda risau pasal orang lain sesat atau murtad..anda sendiri perlu baiki diri sendiri

    kerana saudaralah orang pertama yang akan masuk neraka kerana melakukan dosa2 besar..

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. nasihat

    salam..
    saya sendiri tak perasan.. apa2 pun terima kasih atas nasihat dan peringatan..

    ReplyDelete
  16. blog ini agak misteri..apa tujuan anda menulis blog?maaf bertanya..

    ReplyDelete