Sunday, October 25, 2009

Assalamu'alaikum =D

Alhamdulillah peperiksaan sudah pun berakhir. Sekarang masih lagi menunggu untuk keputusannya keluar. Semoga segala usaha membuah kepada hasil. Saya sangkakan selepas peperiksaan berakhir saya ada banyak waktu lapang tetapi sangkaan itu salah sama sekali kerana banyak program yang telah disediakan buat kami. Antaranya ialah jualan amal atau "charity sale" dan lawatan ke rumah anak yatim. Terima kasih buat pihak yang menyediakan aktiviti yang berfaedah buat kami.

Sebelum peperiksaan bermula, ustaz minta kalau boleh selepas habis sahaja imtihan habiskan hafal dan tasmi' juz yang sedang dihafal sebelum cuti bermula. Saya pun bersemangat untuk menghabiskannya. Tetapi sampai sekarang saya tak tasmi' lagi dengan ustaz walaupun satu muka surat. Sungguh mengecewakan. Harap saya boleh mencuri masa untuk bertemu dengan ustaz untuk memperdengarkan hafalan saya. Siapa-siapa yang mempunyai tips untuk memudahkan dan menguatkan hafazan, harap boleh kongsi di sini.

Sekarang ini, masih sibuk menguruskan program yang akan datang iaitu lawatan 3 hari 2 malam ke Melaka dan menjadi fasilitator untuk pelajar tahun 6. Juga berusaha untuk menghabiskan membaca buku-buku yang tertangguh bacaannya.

Terasa ganjil untuk menyusun kata-kata setelah lama tidak meninggalkan sesuatu di blog sehinggakan ayat pun berterabuh dan masih belum bersedia untuk membincangkan isu yang serius.

4 comments:

  1. Salam..
    Peperiksaan rupanya..patutlah lama diam

    ReplyDelete
  2. salam dik. wah, dah habis exam eh? so hows exam? ok tak? akak doakan zati dapat keputusan cemerlang. amin.. akak habis exam mid-sem je. bulan 12 nanti baru final. insyaAllah bulan nanti kot balik kk. tapi tak tahu lagi macam mana...

    ReplyDelete
  3. Isma:
    salam..ya,peperiksaan..lega dah habis..

    kak teeny:
    salam kak..Alhamdulillah,ok..syukran atas doanya..kalau ada jodoh nanti boleh jumpa kat medan..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..mantap adik akak ni..=)

    ReplyDelete