Friday, October 8, 2010

Suka Apa yang Kita Dapat

Assalamu'alaikum.. =D

Setelah sekian lama, akhirnya saya dapat mencoretkan sesuatu di teratak yang sudah berhabuk dan dipenuhi sesawang ini. Pernah juga terlintas dalam benak saya untuk berhenti menulis blog oleh kerana sudah terlalu lama blog ini dibiarkan sunyi. Tetapi saya rindu untuk menulis mahupun berkongsi pelbagai maklumat untuk sejajar dengan nama blog ini.


"Kalau tak dapat apa yang kita suka, suka apa yang kita dapat."

Itulah tajuk motivasi pagi di radio IKIM pada pagi tadi. Sayangnya saya tak dapat mengikuti slot tersebut hingga ke penghujungnya. Walaubagaimanapun ia tetap memberi kesan kepada saya. Hidup ini lebih indah sekiranya kita sertakan dengan rasa syukur kepadaNya. Saya teringat selepas PMR, saya bercadang untuk memasuki sekolah impian saya. Namun akhirnya saya tetap berada di sekolah yang sama. Pada mulanya saya rasa agak terkilan kerana saya telah mengimpikan untuk memasuki sekolah itu sejak mengetahui tentang kewujudan sekolah itu lagi.

Pada tahun berikutnya, sesi persekolahan pun bermula. Saya telah bertemu dengan teman-teman baru. Hadirnya mereka dengan azam untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. Seorang demi seorang menemui saya untuk meminta bantuan agar mereka dapat berubah. Pada waktu itu saya menyedari bahawa Allah SWT telah menetapkan saya untuk kekal di sini untuk membantu mereka. Tidak dapat saya nafikan bahawa tugas itu tidak mudah. Terutamanya pengaruh-pengaruh buruk yang mendominasi persekitaran kami. Tetapi saya sering diingatkan bahawa menolong agama Allah itu satu amanah buat saya sebagai khalifah di muka bumi ini. Siapa bantu agama allah,maka Allah akan bantu dia.

Masa berlalu dengan pantas. Keadaan menjadi semakin baik. Mungkin tidak 100% namun perubahan yang baik jelas terlihat. Maha suci Allah, segala puji hanya untukNya yang mengurniakan rahmatNya. Semoga saya juga tidak terkecuali untuk berubah menjadi lebih baik. Sering juga saya diingatkan sekiranya kita ingin mengubah seseorang namun usaha kita tidak mendatangkan hasil, mungkin ada faktor lain yang akan mengubahnya. Yang penting kita telahpun berusaha dan berdoa. Untuk hasilnya kita perlulah bertawakal kerana Dia juga yang akan menentukan.

“Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(QS Al-Baqarah Ayat 216)



Sentiasa ingat bahawa aturan Allah SWT merupakan perancanaan yang terbaik buat makhluk-makhlukNya. Qadarnya telahpun ditentukan, cuma menunggu qada'nya sahaja. Marilah kita tingkatkan zikrullah dan rasa syukur supaya hari-hari yang sedang dan bakal kita lalui disinari cahaya keimanan.


"Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"."
(QS Ibrahim ayat 7)

4 comments:

  1. salam zati

    apa khabar? alhamdulillah sebab zati ambil positif atas apa yang berlaku..semua yang berlaku adalah yang terbaik kan sebab Allah yang nak benda tu jadi. sebab bagi Dia baik kan..

    betul, streps ada di tekak di oral cavity ada banyak species. akak punya research tentang streps yang species dalam plaque germs, so nak produce product atau bahan apa yang boleh inhibit streps selain fuoride

    hehe panjang pula penenrangan akak. sorry lambat. doakan akak! cepat siap semua cepat grad insyaALLAH :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, baik..:)
    penerangan yang ringkas lagi jelas. terima kasih kak. ;) wah, sungguh mencabar assignment akak.

    amin ya rabb..
    semoga berjaya dan cepat grad ye kak.

    ReplyDelete
  3. وعليكم السلام
    شكرا للتذكير
    بارك الله لك يا أختي حناني

    keep up the good da'wa :)

    ReplyDelete