Friday, October 15, 2010

Bumi Asing

Hidup di atas bumi asing lebih sukar dari yang dijangka. Layanan yang diterima bagaikan diri ini melukut di tepi gantang. Kehadiran yang langsung tidak bererti.
Perasaan putus asa setiap hari menjenguk diri ini seperti sahabat karib yang tidak pernah lupa akan diri ini. Ingin sahaja diriku pergi jauh meninggalkan bumi asing ini. Tetapi kumengemerti bahawa tuhan tak meletakkan diriku di sini semata-mata untuk merasa hiba. Semata-mata untuk mendendangkan irama melankoli. Tentu sahaja Tuhan merencanakan yang lebih baik buatku.
Diri ini pasti bahawa beradanya dia di sini untuk lebih dekat denganNya. Supaya tidak mudah ditipu helah dunia yang sering sahaja menggoda. Supaya lahirnya jiwa yang kuat meskipun terpaksa berada di samping jiwa-jiwa yang kecil.
Manusia tidak lagi menjadi sahabat tatkala perasaan gundah gulana hadir. Mereka lebih senang menjadi api di dalam bilik kecil yang dipenuhi minyak tanah. Mujur sahaja kutemui sahabat baru yang tidak pernah meninggalkan diri ini selagi diriku tidak melupakannya.
Sahabat itulah yang memberikan metode dalam menjalani kehidupan di bumi asing ini. Tidak mungkin jalan itu kutemui tanpa kehadirannya dalam qalbu dan sudah tentu tanpa izin Tuhan. Kerana namanya al-Furqan, dapat aku membezakan antara baik dan buruk. Bukankah hidup adalah tentang membuat pilihan? Kerana sifatnya An-Nur, dapat aku melepaskan diri daripada kegelapan yang membelenggu. Sahabat itulah yang aku pilih untuk mendampingiku di sini dan juga di sana kelak.
Sungguh, bumi asing ini tidak aman dan tidak pula indah. Namun siapa menyangka kebahagiaan itu kutemui di bumi asing ini. Terima kasih Allah atas kurniaanMu. Kumenanti saat pertemuan di hari kelak.

7 comments:

  1. salam zati...

    sahabat merupakan cermin buat diri kita kan?
    tak apa...berbaik dengan Allah, Dia akan mengurniakan orang-orang yang sangat sayangkan kita di sekeliling kita.

    p.s susah jika terlalu berharap pada manusia, pasti kecewa.

    ReplyDelete
  2. salam kak..:)

    ya, betul kak. hanya kepada Allah kita berharap, insyaAllah, tak kecewa..

    ReplyDelete
  3. hmm..
    semoga Zikril Hakim sering menjadi teman sepanjang hayat. bukan saja di sini, malahan di barzakh nanti.
    AMEEN!

    ReplyDelete
  4. salam'alaik. salam taaruf. jemput ziarah ke blog ana. ada sesuatu yang berbeza i.allah. smg tsabat!

    ReplyDelete
  5. Kembara di bumi asing..Pasti ada indahnya ^^

    ReplyDelete